Friday, June 26, 2009

Rakan pelajar mangsa di Johor dikuarantin


melawat pesakit di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,
semalam." title="PANTAU...pengawal keselamatan memantau orang ramai yang
melawat pesakit di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,
semalam." height="183" width="300" border="0">
PANTAU...pengawal keselamatan memantau orang ramai yang
melawat pesakit di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,
semalam.

NUSAJAYA: Rakan kepada pelajar perempuan berusia 19 tahun dari Melbourne, Australia yang menjadi mangsa pertama wabak selesema babi di Johor, kini dikuarantin di rumah bersama keluarganya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata remaja perempuan berusia 19 tahun itu duduk bersebelahan dengan mangsa dalam pesawat penerbangan SQ0238 dari Melbourne, Australia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, Sabtu lalu.

“Kita mengesan siapa yang duduk di sebelah mangsa ketika dalam pesawat iaitu rakannya yang juga pelajar perempuan dari Melbourne dan dia kini di Johor Bahru dalam keadaan sihat serta dikuarantin di rumah bersama keluarganya.

“Setakat ini, tiga keluarga dikuarantin di rumah dan kita memberi bantuan kepada pemandu teksi berusia 36 tahun membawa mangsa pulang dari Lapangan Terbang Changi ke rumahnya kerana dia tidak boleh keluar mencari rezeki selama seminggu.

“Keluarga dikuarantin itu boleh menghubungi kita untuk mendapatkan bantuan seperti makanan sepanjang tempoh dikuarantin dan dalam tempoh itu, mereka sentiasa berhubung terutama Jabatan Kesihatan dan memberikan komitmen penuh,” katanya.

Robia yang ditemui selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Iskandar di sini, semalam berkata, setakat ini, Jabatan Kesihatan memeriksa 73 suspek dan semua negatif.

Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang pelajar perempuan dari Melbourne, memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, Sabtu lalu, disahkan mangsa pertama penyakit itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...