Demikian tegas pendakwah bebas dan perunding motivasi, Datuk Md Daud Che Ngah, mengulas sikap individu yang merelakan diri menjadi ‘pak sanggup’ untuk perkahwinan yang bersifat sementara semata-mata mendapat habuan wang dan kemewahan.
Daud berkata, dilema ini berlaku kerana individu terbabit sangat cetek ilmu agama dan lemah iman hingga sanggup diperkudakan bagi tujuan menutup aib orang lain.
Katanya, mereka sepatutnya sedar perkahwinan bukan perkara yang boleh dipermain-mainkan dalam Islam dan perbuatan mereka itu amat dilaknati Allah.
“Ada hadis menyebut perkahwinan yang demikian diharamkan. Tidak boleh sekadar kahwin sekejap kemudian berpisah atas sebab habuan dan perjanjian tertentu, itu sudah tidak menepati syarat mengapa perkahwinan itu didirikan.
“Perkahwinan dalam Islam bukan perkara kecil. Sebab itu ada pepatah mengatakan berkahwin ibarat mendirikan sebuah masjid, ia sesuatu yang bermanfaat dan jangan cuba mempermainkan hal yang berkaitan dengan agama,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan, Ekonomi dan Sosial Islam Malaysia (Pekesim), Ghafar Nin, mengakui fenomena individu yang menjadi ‘pak sanggup’ ini bukan ‘penyakit’ baru dalam masyarakat.
Katanya, ia akan memalukan orang Islam sendiri jika tidak dicegah dan mencerminkan identiti serta imej masyarakat yang rosak akhlak.
“Untuk menangani masalah sedemikian memang cukup rumit. Pihak berkuasa dan jabatan agama tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia di luar kawalan.
“Kesedaran sebenarnya hanya ada dalam diri individu itu sendiri, iaitu perlu ada kekuatan sahsiah dan iman untuk menghindari perbuatan sebegini. Cuba kenali apa itu dosa dan pahala, itu saja penyelesaiannya,” katanya.
Bagaimanapun, Ghafar berkata, ada kes membabitkan keluarga tertentu yang berbuat demikian iaitu mencari ‘pak sanggup’ untuk mengahwinkan anak gadis mereka yang mengandung kerana terlanjur.
“Sekiranya gadis itu bersetuju dan lelaki yang ingin berkahwin itu benar-benar ingin memperisterikannya, ia tidak menjadi masalah. Malah, ia lebih digalakkan untuk menyelamatkan gadis berkenaan daripada terus bergelumang dosa.
“Jika menjadi ‘pak sanggup’ untuk mendapat habuan wang dan kemewahan, maka ia sudah menjadi perbuatan yang salah dan berdosa,” katanya.

No comments:
Post a Comment