PENINGKATAN suhu global turut meninggalkan kesan perubahan kepada iklim negara hingga memberi impak kepada penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria dan demam denggi.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, hasil analisa dijalankan, rekod suhu negara ini berlaku tren pemanasan konsisten dengan tren pemanasan suhu global.
Katanya, keadaan ini menyebabkan corak taburan hujan negara berubah, sekali gus kejadian banjir lebih kerap berlaku.
Menurutnya, berdasarkan ‘climate modelling’ dijalankan bagi tempoh 100 tahun akan datang, suhu di Malaysia dijangka akan meningkat antara 0.7 darjah selsius hingga 2.6 darjah selsius.
Manakala taburan hujan pula katanya, akan berubah dalam julat -30 peratus hingga 30 peratus.
Katanya, suhu purata negara kini meningkat sebanyak 1.1 darjah selsius bagi tempoh 50 tahun lalu dan paras laut meningkat pada kadar purata 1.25 milimeter setahun.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peningkatansuhuberikesanpenyakitvektor/Article
No comments:
Post a Comment