Wednesday, April 28, 2010

Tiga beradik geng penyamun tumpas

2010/04/28

SUBANG JAYA: Selepas hampir setahun aktif dalam kegiatan samun, tiga beradik setan akhirnya tumpas apabila mereka antara empat yang ditahan polis dalam beberapa serbuan yang dilakukan di sini, pagi kelmarin.

Kumpulan terbabit yang digelar sebagai ‘Geng Bersaudara’ kerap menggunakan taktik dengan menjadikan mangsa yang menunggang motosikal berseorangan sebagai sasaran.


Sebaik mangsa ditahan, kumpulan terbabit akan mengacukan parang sebelum mengugut untuk mencederakan mangsa jika enggan menyerahkan semua barang berharga. Dalam kejadian terbaru, kumpulan terbabit melakukan samun terhadap dua lelaki di dua lokasi berbeza iaitu di Taman Perhentian Bukit Puchong dan Taman Serdang Raya.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata dalam kejadian pertama seawal jam 5 pagi, seorang mangsa yang menaiki motosikal ditahan dua suspek bermotosikal yang mengugutnya menyerahkan semua barang berharga menggunakan parang sebelum melarikan diri.


“Selang 15 minit selepas kejadian itu, seorang lelaki berusia 30-an turut menjadi mangsa kedua-dua suspek dengan taktik sama sebelum melarikan dompet dan kerugian RM600.


“Anggota polis peronda yang kebetulan berada di lokasi berdekatan dimaklumkan dan gerakan memburu dijalankan sebelum menjumpai dua suspek yang masih berada di lokasi berdekatan dan menahan seorang daripadanya, manakala seorang lagi dapat melarikan diri,”
katanya. Menurutnya, susulan penahanan suspek pertama dan hasil siasatan yang dijalankan, polis membuat serbuan kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah di Cheras sebelum seorang suspek ditahan dan polis menemui pelbagai peralatan dan barangan berharga hasil kegiatan samun.


“Dua lagi suspek kemudian ditahan kira-kira jam 10 pagi di sebuah hotel di Balakong ketika berehat dan merampas dua motosikal jenis RXZ yang dinaiki mereka. “Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau selain ujian air kencing turut mendapati positif dadah,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaberadikgengpenyamuntumpas/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...