hadzlihady@hmetro.com.my
2010/05/22
KUALA LUMPUR: Pengorbanan cinta seorang gadis berusia 15 tahun yang sanggup menempuh perjalanan dari utara tanah air hingga ke ibu kota untuk menemui kekasih hati bertukar menjadi satu mimpi ngeri buat dirinya apabila dia dijadikan mangsa pemuas nafsu teman lelakinya itu.
Malah, perbuatan keji terbabit turut dirakam teman lelakinya itu sebelum dia mengugut akan mengedarkan gambar bogel berkenaan membuatkan mangsa mula gelisah.Bagaimanapun, mangsa yang tidak keruan itu akhirnya cuba melarikan diri sebelum ditemui anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan Ulu Klang, Ampang sebelum pemeriksaan mendapati dia pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Perlis sejak tiga bulan lalu.
Menurut sumber, selepas siasatan dilakukan, gadis berkenaan mendakwa sepanjang tempoh dia menghilangkan diri itu, dia sebenarnya mengikut teman lelakinya itu.
“Gadis berkenaan turut memberitahu yang sepanjang tempoh itu, dia menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki berkenaan dan akhirnya mula menyesali perbuatan itu.
“Difahamkan, dia akhirnya mula jemu hidup bergelumang dengan maksiat sebelum mengambil tindakan nekad melarikan diri,” katanya.
Menurut sumber terbabit, gadis itu turut bimbang apabila cubaan dia melarikan diri daripada kekasihnya itu disusuli dengan satu ugutan lelaki berkenaan yang mahu mengedarkan gambar bogel dan juga aksi ghairah mereka berdua di ranjang.
“Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengakui yang dia sebenarnya melakukan seks dengan teman lelakinya puluhan kali sepanjang mereka tinggal bersama di sebuah rumah di Balakong, Kajang.
“Remaja terbabit turut mendakwa, dia sebenarnya sudah jemu dengan kehidupan sebegitu, namun tidak tahu bagaimana untuk keluar daripada kongkongan teman lelakinya itu,” katanya.
Beliau berkata, selain takut melarikan diri daripada teman lelakinya, dia juga bimbang kerana lelaki berkenaan mengugut akan menyebarkan rakaman aksi ghairah mereka yang dirakam melalui telefon bimbit.
“Dia kemudian mula kehilangan arah dan fikirannya mula bercelaru sebelum nekad melarikan diri dan ditemui di tepi jalan di kawasan Ulu Klang, kelmarin.
“Mangsa akhirnya dibawa menjalani pemeriksaan dan dia turut membuat satu laporan berhubung kejadian itu,” katanya.
Sumber terbabit berkata, susulan daripada laporan yang dibuat, polis menahan seorang lelaki berusia awal 20-an bagi membantu siasatan.
“Lelaki terbabit yang juga anak kepada seorang anggota polis ditahan di rumahnya di Ampang sejurus mangsa membuat laporan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Remajalarirumahdirogolkekasih/Article
No comments:
Post a Comment