Saturday, May 8, 2010

Titik hitam gadis ikut teman lelaki

2010/05/08

SEGAMAT: Tindakan seorang remaja berusia 16 tahun yang mengikut teman lelakinya pulang ke rumah akhirnya mengundang padah apabila bukan saja dirogol kekasihnya itu, malah menjadi alat pemuas nafsu lima lagi rakan lelaki terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 hingga 10 malam, 21 April lalu di sebuah rumah dua tingkat di Taman Ria Segamat, apabila mangsa ingin menemankan teman lelakinya yang bekerja sebagai jurujual menghantar pesanan pelanggan.


Namun, setibanya di kawasan persekitaran rumah suspek, jurujual terbabit membuat helah dengan mengatakan terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil barangan pesanan yang tertinggal. Mangsa yang percaya hanya menurut kehendak jurujual, malangnya apabila tiba di rumah sewa lelaki terbabit, suspek diminta membantu mengangkat barang di tingkat atas rumah berkenaan.


Malangnya, apabila tiba di bilik, mangsa dirogol lelaki itu sebelum dirogol bergilir-gilir lima rakannya.


Tidak cukup dengan merogol mangsa, teman lelaki itu turut merakam perbuatan mereka dan mengugut akan menyebarkan rakaman berkenaan sekiranya mangsa membuat laporan polis.


Bagaimanapun, mangsa bertindak nekad membuat laporan polis 28 April lalu iaitu seminggu selepas kejadian berkenaan.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata susulan laporan mangsa, pihaknya menahan enam suspek berusia 20 hingga 30 tahun dalam serbuan yang dilakukan sekitar daerah ini.


“Kesemua suspek ditahan secara berasingan termasuk di tempat kerja dan rumah sewa dua tingkat terbabit, bagaimanapun kelewatan mangsa membuat laporan polis sedikit dikesali.


“Soal siasat mendapati suspek turut mengugut mangsa dan tindakan itu mengakibatkan remaja berkenaan ketakutan dan tidak mahu melaporkan kejadian itu,”
katanya ketika ditemui.

Menurutnya, walaupun laporan polis itu lewat dibuat, ia tidak mengganggu siasatan polis selain menahan suspek disyaki.


Katanya, kesemua suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan 20 sebatan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Titikhitamgadisikuttemanlelaki/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...