Thursday, June 24, 2010

Duda anak enam pilihan Aishah


AISHAH


KUALA LUMPUR - "Benar, saya dah kahwin."

Demikian kenyataan penyanyi popular, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 45, yang mengulas penyebaran gambar dirinya bersama seorang lelaki dalam Internet baru-baru ini.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Camar Yang Pulang itu, dia sengaja meletakkan gambar bersama suami barunya itu dalam laman Facebook untuk tatapan peminat-peminatnya.

"Kalau bukan suami saya, takkan saya hendak letak gambar kami dalam Facebook," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketika diminta memberikan penjelasan lanjut mengenai perkahwinan ketiganya itu, Aishah hanya meminta perkara tersebut tidak dijadikan isu kontroversi.

"Apa yang penting, kami sudah bernikah pada 30 April tahun ini. Nama suami ialah Faizal Sazali Zulkifli dan dia bekerja sendiri.

"Semasa kami berkahwin, dia seorang duda dan ada enam anak. Kami berkenalan dan buat keputusan untuk cepat-cepat bernikah kerana sejak berkenalan kami selalu bersama ke sana sini," ujarnya.

Menurut Aishah, beliau dan Faizal Sazali, 44, melangsungkan perkahwinan di Narathiwat, Thailand.

"Kami bernikah di Thailand bukan pasal hendak berpoligami tetapi kerana suami belum dapat surat cerai. Kena tunggu tiga bulan dan pertengahan Julai ini baru dia dapat surat cerai tersebut.

"Perceraian suami itu tiada kena mengena dengan saya. Kami berkenalan semasa dia sememangnya hendak buat permohonan cerai. Selepas ini, kami akan mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia. Saya harap peminat mendoakan kesejahteraan kami," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...