Thursday, June 24, 2010

Zainal bayar nafkah tertunggak RM18,900

2010/06/24

KUALA LUMPUR: Kes saman penghutang penghakiman terhadap bekas penyanyi kumpulan Headwind, Zainal Abidin (gambar) Mohamed, membabitkan tunggakan nafkah RM18,900 akhirnya selesai selepas bekas isterinya itu menarik balik saman berkenaan.

Perkara itu disahkan peguam syarie, Abdul Halim Bahari yang mewakili Zainal Abidin, 51, yang memberitahu kes saman penghutang penghakiman berkenaan sudah diselesaikan di luar mahkamah minggu lalu.


“Zainal Abidin sudah pun membayar tunggakan nafkah RM18,900 dengan menggunakan dua keping cek,” kata Abdul Halim ketika dihubungi, semalam. Peguam syarie Norhusniah Husin yang mewakili bekas isteri penyanyi itu, Natasya Gabriel Abdullah, 51, menyerahkan notis penarikan semula kes itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di sini, semalam.

Bekas isteri kepada penyanyi yang popular dengan lagu Hijau, Ikhlas Tapi Jauh dan Gaia itu memfailkan tuntutan berkenaan selepas kegagalan Zainal membayar nafkah dua anak mereka, Mikhail dan Timur kini masing-masing berusia 18 dan 16 tahun, sejak 2009 sehingga sekarang.


Berdasarkan penyata samannya, Natasya Gabriel, berkata selepas perceraian mereka disahkan 12 Disember 2002, Zainal Abidin bersetuju membayar nafkah anak sebanyak RM200 seorang. Selain itu, Zainal Abidin juga akan menanggung segala perbelanjaan sekolah, pendidikan agama dan perubatan anak-anak.


Natasha Gabriel juga mendakwa, nafkah itu tidak mencukupi dan Zainal Abidin sebenarnya mampu membayar lebih berdasarkan kerjayanya sebagai artis, memiliki syarikat sendiri dan tidak muflis. Dia mendakwa selepas perjanjian itu, Zainal Abidin ada membayarnya dan ada juga gagal menyebabkan jumlah tunggakan nafkah sehingga kini berjumlah RM18,900.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ZainalbayarnafkahtertunggakRM18_900/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...