Thursday, June 24, 2010

Syarikat bekal lembu beri penjelasan

2010/06/24

KOTA BHARU: Proses penggantian lembu asal berikutan keadaan fizikalnya kurang memuaskan menjadi punca pasangan doktor yang mendakwa terpedaya selepas melabur dalam syarikat ladang ternakan lembu kacukan Australia masih belum menerima keuntungan.

Prestige Dairy Farm (M) Sdn Bhd, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya maklum mengenai masalah dibangkitkan pasangan itu.


“Kami berusaha memberikan perkhidmatan terbaik demi menjaga pembelian lembu mereka supaya mendatangkan hasil yang memuaskan semua pihak.


“Kelewatan yang tidak dijangka disebabkan penggantian lembu asal kerana keadaan fizikal yang tidak memuaskan dan mendatangkan masalah jika diteruskan penghantarannya,”
katanya.


Katanya, syarikat mengambil inisiatif memberi pasangan itu lembu lebih sihat demi menjaga pengeluaran susu lebih baik.


“Ini kelebihan membeli lembu tenusu di syarikat kami kerana lembu diganti jika keadaannya tidak memuaskan atau mati dalam tiga tahun dari pembelian.


“Pihak kami sudah menghubungi pengadu dan menjelaskan perkara ini.


“Kami harap syarikat tidak dipersalahkan kerana kami juga rugi apabila kes seperti itu berlaku,”
katanya.


Akhbar semalam melaporkan, hajat sepasang doktor memperoleh pendapatan sampingan hasil pelaburan RM61,572 dalam syarikat ladang ternakan lembu kacukan Australia tidak kesampaian kerana belum menerima keuntungan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Syarikatbekallembuberipenjelasan/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...