Oleh Ramli Ibrahim
2010/08/02
Ketika kejadian, mangsa tidur di asrama sebelum didatangi pelajar terbabit yang dikatakan tidak puas hati kerana diminta membayar hutang pada petang sebelum kejadian.
Menurut Mohd Afiq, rakannya itu datang seorang diri dengan menutup kepala menggunakan kain putih sebelum menghentak kepalanya menggunakan kayu kaki meja.
Katanya, ketika kejadian dia baru melelapkan mata dan langsung tidak mengesyaki pelajar terbabit akan menyerangnya.
“Saya bangun untuk melawan, tetapi tidak terdaya apabila beberapa kali muka saya dihentak dengan kayu berkenaan.
2010/08/02
GUA MUSANG: Gara-gara menuntut hutang berjumlah RM25, seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini, nyaris buta mata kanan akibat dihentak dengan kaki meja oleh rakannya dalam kejadian tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam, Mohd Afiq Yahya, 16, lebam dan cedera pada mata menyebabkan dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan lanjut.Ketika kejadian, mangsa tidur di asrama sebelum didatangi pelajar terbabit yang dikatakan tidak puas hati kerana diminta membayar hutang pada petang sebelum kejadian.
Menurut Mohd Afiq, rakannya itu datang seorang diri dengan menutup kepala menggunakan kain putih sebelum menghentak kepalanya menggunakan kayu kaki meja.
Katanya, ketika kejadian dia baru melelapkan mata dan langsung tidak mengesyaki pelajar terbabit akan menyerangnya.
“Saya bangun untuk melawan, tetapi tidak terdaya apabila beberapa kali muka saya dihentak dengan kayu berkenaan.
“Kejadian itu juga berlaku dalam gelap kerana lampu asrama dipadamkan pada jam 11 malam. Dia yang tinggal dalam bilik asrama berasingan mengambil kesempatan membalas dendam apabila saya memintanya membayar hutang RM25,” katanya ketika ditemui di HGM, semalam.
Selain itu, Mohd Afiq berkata, dalam keadaan kelam-kabut dia sempat mengejar penyerangnya hingga ke tangga bawah bangunan, namun terpaksa berhenti di situ apabila mula terasa sakit dan pening akibat hentakan itu.

Katanya, hentakan itu amat kuat sehingga menyebabkan kayu kaki meja itu terpatah dua.
“Memang kuat hentakan kayu itu kerana ia patah dua, selain lengan dan jari saya luka kecil terkena besi katil ketika cuba menahan daripada terus dipukulnya.
“Berikutan itu, saya melaporkan kepada warden sebelum dibawa ke HGM untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Mohd Afiq berkata, pada petang sebelum kejadian, dia meminta pelajar terbabit membayar kembali wang yang dipinjamkan sejak beberapa bulan lalu kerana dia sendiri sedang kesempitan bagi menampung perbelanjaan harian.
Katanya, dia meminjamkan wang itu memandangkan rakannya memerlukan duit selepas menjadi mangsa curi.
“Saya ingin membantunya, tetapi apabila minta dibayar semula, dia memberi balasan begini pula,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berhubung kejadian itu dan seorang pelajar berusia 16 tahun ditahan untuk disoal siasat.

No comments:
Post a Comment