Monday, October 11, 2010

12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan


Kemalangan maut yang mengorbankan 12 orang di kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara melibatkan dua buah bas, sebuah van dan tiga buah kereta petang Ahad. 12 maut mati di tempat kejadian. - Foto THE STAR Oleh A. MALEK YAHAYA



Isnin Oktober 11, 2010

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/11/mstar_berita/20101010230206&sec=mstar_berita

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...