Thursday, October 28, 2010

Haleeda, Azman setuju selesai luar mahkamah

HULU KLANG: Kes tuntutan nafkah membabitkan penyanyi dan pelakon Haleeda, 37, terhadap bekas suaminya, Azman Adnan, 39, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan akhirnya selesai selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik di luar mahkamah.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad selepas mendengar permohonan daripada peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Haleeda memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya mahu menarik balik tuntutan itu selepas bersetuju menyelesaikannya secara baik di luar mahkamah.

“Berdasarkan permohonan dan persetujuan bersama dari kedua-dua belah pihak yang ingin menarik balik kes ini, kes ini sudah dianggap selesai,” katanya.

Haleeda atau nama sebenarnya Halida Badaruddin yang turut bersetuju perintah nafkah sebanyak RM350 dikekalkan, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam.

Azman yang hadir semalam diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan bersetuju dengan permohonan itu.

Pada prosiding semalam, Haleeda sepatutnya memberi keterangan berhubung permohonan menambah nafkah anak daripada RM350 setiap bulan kepada RM500.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Haleeda_Azmansetujuselesailuarmahkamah/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...