Friday, November 26, 2010

Bekas suami Siti Fairus diberi peluang akhir

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, memberi peluang terakhir kepada bekas suami penyanyi era 80-an, Siti Fairus yang popular dengan lagu Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu hadir ke mahkamah untuk mengesahkan terma perjanjian persetujuan yang dibuat berhubung tuntutan harta sepencarian berjumlah RM2 juta oleh bekas isterinya itu.

Hakim Syarie Mohamad Adib Husain membuat keputusan itu selepas dimaklumkan peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Muhamad Zainuddin Kordi, 46, bahawa beliau masih gagal menghubungi anak guamnya itu.

Sekiranya Zainuddin gagal menghadirkan diri pada tarikh akan datang, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Siti Fairus atau nama sebenarnya Siti Fairuz Sheikh Mohamed diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.


Siti Fairuz berkahwin dengan Mohamad Zainuddin, pembantu teknik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1988 dan dikurniakan lima anak.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BekassuamiSitiFairusdiberipeluangakhir/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...