KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon Cinta Antara Benua, Asdayanti Daud memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Khamis.
Che Zambil Ahmad (gambar) yang merupakan bekas penyerang pasukan bola sepak kebangsaan dan Kedah memfailkan permohonan itu menerusi peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan.
Muhammad Nur Hafiz memberitahu, kes tersebut akan disebut di mahkamah pada 14 Disember ini.
“Permohonan nusyuz tekad difailkan selepas Asdayanti enggan mematuhi notis kembali taat yang telah difailkan pada 1 November lalu.
“Perbincangan secara sulh juga gagal untuk mencari penyelesaian,” kata Muhammad Nur Hafiz.
Difahamkan, permohonan itu difailkan atas dakwaan pelakon yang pernah berlakon dalam dramaOpah itu sering berulang-alik keluar negara dengan seorang lelaki.
Che Zambil pada masa ini menjadi jurulatih bebas manakala Asdayanti bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
Che Zambil dan Asdayanti, kedua-duanya berusia 36 tahun berkahwin pada 21 April 1998 dan dikurniakan dua orang anak berusia 11 dan setahun setengah bulan.
No comments:
Post a Comment