Wednesday, January 26, 2011

MIC nafi kompromi berhubung Interlok

MIC nafi kompromi berhubung Interlok
Jan 25, 11 3:56pm

Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam menafikan dakwaan beliau telah mengkompromikan pendiriannya bahawa novel Interlok perlu ditarik balik daripada menjadi buku teks pelajar Tingkatan Lima.

NONE"Menerusi semua perbincangan kabinet dalam beberapa mesyuarat sebelum ini, saya dengan tegas menyatakan pandangan masyarakat India, dan impak buku itu terhadap minda masyarakat serta golongan muda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Sumber Manusia itu juga berkata beliau berulang kali menegaskan dalam mesyuarat mingguan kabinet berhubung pendirian masyarakat India bahawa buku berkenaan perlu ditarik balik serta tidak digunakan sebagai buku teks sastera.

"Tidak ada sekelumit kebenaran pun mengenai dakwaan dan khabar angin yang disebarkan berhubung perkara itu," katanya.

Semalam, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mempunyai formula bagi menyelesaikan isu novel Interlok dan akan berbincang dengan pemimpin MIC tidak lama lagi.

Kaum India di Malaysia telah membantah penggunaan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sebagai buku teks bagi mata pelajaran Sejarah Melayu Tingkatan Lima, kerana mendakwa ia mengandungi kenyataan yang tidak tepat dan menghina masyarakat berkenaan.

Tarik balik segera

Sementara itu, seorang lagi naib presiden MIC, SK Devamany, juga mengulangi desakan parti itu supaya novel berkenaan ditarik balik segera.

sk devamany"Kita tidak perlu perbincangan lanjut. Buku itu mesti ditarik balik dari sukatan pelajaran sastera Melayu kerana ia tidak sesuai untuk pelajar,” kata timbalan menteri di jabatan perdana menteri itu dalam satu kenyataan berasingan.

Sambil menggesa kerajaan untuk mengormati perasaan masyarakat India dalam isu berkenaan, Devamany berkata ramai yang marah dengan penggunaan perkataan 'paria' dalam buku tersebuk.

Sambil berhujah, minda pelajar berumur 17 tahun tidak sama dengan orang dewasa, Devamany berkata ia berkemungkinan digunakan oleh pelajar keturunan lain apabila timbul salah faham kelak,

"Interlok menghina masyarkat India. Sudah pasti Interlok tidak mampu memupuk perpaduan dan bercanggah dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.”

http://malaysiakini.com/news/154414

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...