Wednesday, January 26, 2011

PAS ungkit masa silam calon BN

PAS ungkit masa silam calon BN
Abdul Rahim Sabri
Jan 25, 11
1:42pm

PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.

Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.

NONESalahuddin (tanpa ketayap) berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula berkata, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar dikatakan mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.

Beliau mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk.

Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.

NONE

Dalam sidang media yang sama juga Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menegaskan bahawa pendedahan yang dibuat “tidak sama sekali tergolong kepada satu serangan peribadi terhadap calon Umno”.

“Sebaliknya apa yang kami ingin dedahkan adalah menyentuh isu integriti dan kelayakan calon Umno bagi mewakili rakyat di DUN Tenang.


“PAS percaya bahawa sebelum mana-mana calon dari mana-mana parti politik ingin meminta rakyat memilih mereka dalam mana-mana pilihan raya, adalah penting calon tersebut mengamalkan budaya ketelusan," tegasnya.

Salahuddin berkata, tanpa ketelusan sudah tentu rakyat tidak berupaya untuk membuat satu keputusan yang bermaklumat dalam memilih calon yang mereka ingini.

Mansor yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut pula berkata, sekiranya beliau tahu tanah itu akan dilelong, beliau akan bertindak awal dengan membeli draf bank dan meletakkan nama tanah itu ke atas nama adik atau saudaranya.

“Pada pagi (itu), saya bayar duit kepada bank sebanyak RM10,000… Kemudian saya pergi beritahu kepada calon (Mohd Azhar), ini resit yang saya dah bayar kepada bank. Dia (Mohd Azahar) cakap nak kena lelong juga,” katanya sambil menambah beliau tidak berniat untuk berkempen di atas pentas Pakatan Rakyat.

Manakala Azhar (bertopi) pula, ketika ditanya mengenai dakwaan PAS itu berkata: "Ini keputusan mahkamah.... (perkara) itu mereka manipulasikan sahaja".

Ditanya mengenai dakwaan PAS yang beliau tidak sesuai menjadi calon Umno, Mohd Azhar menjawab: "(Itu) provokasi, biasalah. Awak pun tahu".

VIDEO | 9.42 min

http://malaysiakini.com/news/154399

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...