

Feb 15, 11 3:52pm
Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mahu bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan  Sri Ismail Omar untuk membincangkan rancangan mereka mengadakan perarakan pada  27 Februari nantu untuk membantahan penggunaan novel Interlok di  sekolah-sekolah.
Dalam suratnya kepada Ismail hari ini, pengerusinya yang  dalam pelarian P Waythamoorthy (kanan) berkata, mereka bimbang terdapat  agen provokasi yang mungkin dihantar oleh Umno untuk menggangu acara  itu.
Katanya, oleh kerana rancangan perarakan pada Mac ini berniat baik dan aman, polis patut melaksanakan tugas mereka memastikan tiada kejadian yang tidak baik berlaku.
"Jika kamu enggan buat apa yang patut, kami letakkan tanggungjawab untuk segala insiden buruk yang mungkin berlaku dan kamu dianggap cuai dalam menjamin keselamatan orang ramai yang tidak bersalah, yang membantah secara aman," tulisnya dalam sepucuk surat.
Acara itu, digelar Solidarity March Against Umno Racisme (Perarakan Solidariti Menentang Perkauman Umno) dijadual diadakan di KLCC di ibu negara. Tujuan utamanya bagi membantah tindakan Kementerian Pelajaran yang mengekalkan penggunaan novel kontroversi Interlok.
Pengkiritik - terutama daripada pemimpin dan aktivis kaum India - menolak teks sastera itu dengan anggapan ia sensitif dan memberikan gambaran buruk terhadap masyarakat itu.
[Baca berita penuh]
Dalam suratnya kepada Ismail hari ini, pengerusinya yang  dalam pelarian P Waythamoorthy (kanan) berkata, mereka bimbang terdapat  agen provokasi yang mungkin dihantar oleh Umno untuk menggangu acara  itu.Katanya, oleh kerana rancangan perarakan pada Mac ini berniat baik dan aman, polis patut melaksanakan tugas mereka memastikan tiada kejadian yang tidak baik berlaku.
"Jika kamu enggan buat apa yang patut, kami letakkan tanggungjawab untuk segala insiden buruk yang mungkin berlaku dan kamu dianggap cuai dalam menjamin keselamatan orang ramai yang tidak bersalah, yang membantah secara aman," tulisnya dalam sepucuk surat.
Acara itu, digelar Solidarity March Against Umno Racisme (Perarakan Solidariti Menentang Perkauman Umno) dijadual diadakan di KLCC di ibu negara. Tujuan utamanya bagi membantah tindakan Kementerian Pelajaran yang mengekalkan penggunaan novel kontroversi Interlok.
Pengkiritik - terutama daripada pemimpin dan aktivis kaum India - menolak teks sastera itu dengan anggapan ia sensitif dan memberikan gambaran buruk terhadap masyarakat itu.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/156081
No comments:
Post a Comment