Tuesday, February 15, 2011

Pemuda PAS 'berlembut' pada malam Valentine

Pemuda PAS 'berlembut' pada malam Valentine
Abdul Rahim Sabri
Feb 14, 11
6:52pm

Walaupun terdapat kebimbangan berlaku 'tindakan keras' Pemuda PAS pada malam hari kekasih, perkara itu akhirnya tidak terjadi apabila anggota dewan itu hanya mengedarkan risalah dan memberi nasihat kepada pasangan yang ditemui.

Di Kuantan, sebanyak 3,000 risalah larangan berdua-dua tanpa mahram diedarkan di tiga lokasi berasingan di Kuantan sempena ekspedisi dakwah Pemuda PAS menjelang sambutan Hari Kekasih malam semalam.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 04Ekspedisi anggota Pemuda PAS - dalam sepuluh kumpulan - diketuai oleh ketuanya Nasrudin Hassan (kanan) mula bergerak ke pantai Teluk Chempedak dan kawasan rekreasi di Taman Esplanade dan Taman Gelora di kawasan parlimen itu kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Ekspedisi yang mengambil masa selama empat jam disertai kira-kira 60 anggota dewan itu dari Kuantan, Paya Besar, Indera Mahkota dan Pekan.

"Kita selalu ceramah dan beri kuliah, tetapi mereka bukan sasarannya kerana mereka tidak hadir. Kita turun dan menyampaikan risalah. Walaupun mengambil masa selama tiga minit, kita yakin ia berkesan sehingga ada (pasangan) yang mengucapkan terima kasih kepada kita," katanya Nasrudin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

valentines day 200209 01Nasrudin berkata, risalah tersebut menasihatkan pasangan agar tidak terpengaruh dengan budaya asing seperti zina, sebaliknya memaparkan budaya Islam seperti menggalakkan perkahwinan dan keluar bertemu pasangan dengan ditemani mahram.

"Lebih kurang 60 peratus pasangan yang ditemui menerima risalah dan mendengar nasihat kita dan mengangguk.

"Ada sebahagiannya pula bersikap acuh tidak acuh sehingga mereka beredar sewaktu kita mendekati dan memperkenalkan diri. Apabila kita sampai untuk memberi risalah mereka terus beredar dan tidak berdua-duaan," katanya.

Kedah tidak anjur

Menurut Nasrudin, sebahagian besar pasangan bercinta kelihatan hadir ke tempat berkenaan selepas jam 12 tengah malam sehingga 1.30 pagi.

Tiada sebarang kekerasan dan insiden tidak diingini memandangkan peserta diingatkan sejak awal supaya tidak berkasar, tidak mencetuskan provokasi dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang mungkin berlaku.

NONEPada 9 Februari, memetik Nasrudin, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan bahawa negeri Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan keras atau crackdown di negeri yang diperintahnya.

Sejak kenyataan itu disiarkan, Nasrudin menerima kritikan dan bidasan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakan komponen parti Pakatan, termasuk DAP. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Pemuda PAS negeri mengedarkan kira-kira 2,000 risalah kepada pasangan muda-muda di Dataran Senawang dan sekitarnya bermula pada jam 8 malam hingga 1 pagi diketuai setiausahanya Khairil Faizi Ahmad Kamil.

"Kita ambil konsep edar risalah dan memberi nasihat yang baik kepada pasangan yang ditemui. Saya percaya jika ambil pendekatan lembut, tidak (akan) ada tindakan kekasaran. Kita tegur dengan cara baik," katanya.

Di Kedah pula, ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahya tidak menjalankan ekspedisi seperti mana yang diarahkan oleh Nasrudin kerana suasana hari kekasih "tidak dirasai dan tidak menonjol berbanding di negeri seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur."

"Bagaimanapun, kami menyokong saranan ketua Pemuda PAS pusat atas dasar amar makruf nahi mungkar," katanya.

http://malaysiakini.com/news/156022

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...