JAKARTA - Jawatankuasa Pengambilan Nasional Majlis Dewan Perusahaan dan  Perindustrian Arab Saudi memutuskan untuk menggantung pengambilan pekerja dari  Indonesia mulai Isnin.
Jawatankuasa itu juga menasihatkan pejabat  pengambilan agar tidak menerima sebarang kerja-kerja visa untuk rakyat Indonesia  kerana Persekutuan Buruh Indonesia gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat  perjanjian dua hala.
“Kita juga menasihatkan rakyat Arab Saudi agar tidak  memohon visa pengambilan baru untuk Indonesia ekoran bayaran yang tinggi dan  kurang pekerja-pekerja yang berkelayakan,” menurut jawatankuasa itu yang  dilaporkan dalam portal berita arabnews.com pada Isnin.
Laporan itu  melaporkan pengerusi jawatankuasa tersebut Yahya Hassan Al-Maqbool, berkata,  keputusan baru itu dibuat berikutan laporan yang keterlaluan dalam media  Indonesia mengenai penyalahgunaan pembantu Indonesia oleh penaja Arab Saudi. -  Bernama
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/9741.asp
No comments:
Post a Comment