Thursday, February 3, 2011

Ibu bapa pelajar serbu Wisma Putra

Zaidatul Syireen Abdul Rashid
Feb 2, 11
7:03pm

Sekumpulan lebih 100 orang ibu bapa kepada pelajar yang terhimpit dalam pergolakan politik di Mesir hari ini 'menyerbu' Wisma Putra, Putrajaya bagi mendesak kerajaan supaya menyegerakan proses penghantaran pulang pelajar berkenaan.

Kumpulan berkenaan berkumpul di sebuah dewan di Wisma Putra dan disambut timbalan menteri luar Senator A Kohilan Pillay dan ketua setiausaha kementerian itu Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.

parents gathering over students in egypt 020211 suk buildingPengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Syukri Abdul Razab yang mengetuai kumpulan pelajar itu berkata beliau telah menerima beberapa panggilan telefon daripada pelajar yang terjejas itu.

Pelajar berkenaan antara lainnya mendakwa tidak menerima sebarang bentuk bantuan daripada kedutaan Malaysia di sana, kata Ahmad Syukri.

Katanya lagi, beliau turut menerima beberapa panggilan telefon yang mendakwa, para pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat akan dihantar pulang terlebih dahulu.

Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan sikap berat sebelah dalam menyalurkan bantuan kepada pelajar berkenaan, katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ahmad Syukri juga berkata, beliau menyedari bahawa kerajaan sedang bertindak dalam memberikan bantuan, namun bertegas supaya pelajar berkenaan dibawa pulang secepat mungkin.

Sementara itu, seorang jurucakap kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Muhamad Faiz Ismail berkata, pertemuan antara ibu bapa pelajar dengan wakil kementerian itu bagaimanapun berakhir selepas satu setengah jam kemudian tanpa menemui penyelesaian.

Menurut Muhamd Faiz, Wisma Putra hanya mempunyai rancangan untuk memindahkan pelajar berkenaan ke Jeddah dalam tempoh sepuluh hari bermula hari ini.

Seramai kira-kira 11,300 pelajar Malaysia kini didaftarkan dengan kedutaan Malaysia di Mesir.


[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155170

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...