Hafiz Yatim
Feb 2, 11
8:07pm
Feb 2, 11
8:07pm
Apakah barisan para hakim benar-benar mencerminkan kemajmukan yang ditekankan dalam konsep 1Malaysia perdana menteri?
ADUN DAP Kota Alam Shah yang juga seorang peguam, M Manoharan (kiri) tidak fikir begitu, kerana tidak ada hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik dari kalangan masyarakat India, selama hampir satu tahun sekarang.
Dua hakim keturunan India yang terakhir pernah memegang jawatan tersebut ialah hakim Datuk S Augustine Paul, yang meninggal dunia Januari tahun lalu, dan hakim Datuk Gopal Sri Ram, yang bersara pada 10 Februari tahun lalu.
Hanya ada dua hakim bukan Melayu di Mahkamah Persekutuan - Hakim Datuk James Foong, yang akan mengetuai suruhanjaya diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum
Manoharan berkata terdapat ramai kaum India dalam profesyen undang-undang dan dalam Majlis Peguam, tetapi ini tidak dicerminkan dalam komposisi badan penghakiman.
"Seorang India mungkin tidak akan mengisi empat jawatan tertinggi - ketua hakim, presiden Mahkamah Tinggi, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Jadi, mengapa mereka tidak boleh dilantik di Mahkamah Persekutuan?
"Untuk memburukkan lagi keadaan, hanya terdapat seorang hakim India di Mahkamah Tinggi - Datuk KN Segara. Ini tidak mencerminkan
masyarakat di Malaysia, dan (memberi gambaran buruk terhadap dasar) 1Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.
[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155175
No comments:
Post a Comment