Sunday, April 3, 2011

AELB ambil sampel kaji kesan radiasi

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memantau secara berterusan kepekatan radionuklid Iodin 131 (I-131) dan Cesium 137 (Cs-137) dalam sampel air laut, air hujan dan tanah dari beberapa lokasi seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, analisa sampel dijalankan Agensi Nuklear Malaysia ekoran sampel air laut berhampiran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun yang masih melebihi had dibenarkan pihak berkuasa negara itu.


“Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 29 Mac lalu mengesahkan keadaan masih serius di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata Agensi Nuklear Malaysia mengeluarkan keputusan analisa sampel itu secara berkala bermula jam 3, petang semalam.


“Bacaan untuk I-131 pada 26 Mac lepas adalah 74 Bq/cm3 iaitu 1,875 kali ganda had dibenarkan pihak berkuasa Jepun, namun ia menurun pada hari berikutnya kepada 11 Bq/cm3 iaitu 275 kali ganda had dibenarkan.


“Bacaan kepekatan radionuklid I-131 terus menurun pada 28 Mac lalu kepada 2 Bq/cm3 iaitu 50 kali ganda had yang dibenarkan, tetapi ia meningkat semula pada hari berikutnya kepada 130 Bq/cm3 iaitu 3,250 kali ganda had dibenarkan,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AELBambilsampelkajikesanradiasi/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...