Sunday, April 3, 2011

Cuaca tak menentu punca harga makanan laut mahal

KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca tidak menentu dipercayai menjadi punca beberapa harga makanan laut seperti ikan, udang dan sotong dijual pada harga lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar di ibu kota mendapati harga ikan kembung naik dari RM5 sekilogram kepada RM7, udang naik dari RM15 ke RM17 sekilogram manakala sotong yang sebelum ini dijual dengan harga RM8 naik kepada RM10 sekilogram.


Bagaimanapun, harga ayam yang sebelum ini naik sehingga RM8.20 sekilogram pula turun menjadi RM7.50.

Peniaga di Pasar Chow Kit, Adi Wahab, 35, berkata dia terpaksa menaikkan harga makanan laut kerana harga yang dijual pembekal agak tinggi menyebabkannya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual.


“Walaupun ada kenaikan namun ini hanya kenaikan kecil, kami tidak akan menaikkan barangan sesuka hati sekiranya pembekal tidak menaikkan harga barangan yang dijual dan harap pengguna faham masalah kami,” katanya.


Pengguna, Abdullah Ismat Bacha, 38, berkata kenaikan harga makanan laut seperti ikan, sotong dan udang ini nyata membebankannya sebagai peniaga kedai makanan yang terpaksa mengeluarkan modal lebih untuk membeli barangan berkenaan.

Harga barang naik sudah tentu saya pun terpaksa menaikkan harga makanan di kedai saya sebab saya pun tak mahu rugi, kalau tak naikkan harga makanan di kedai balik modal pun belum tentu,” katanya.


Seorang lagi pengguna yang ditemui, Lukman Mohd Basar, 43, berkata pengguna bernasib baik walaupun harga makanan laut naik tetapi harga ayam turun.

“Saya sekeluarga sekarang kurangkan makan ikan sebab mahal dan sekarang makan ayam sebab harga ayam sudah turun, tak berapa rasa beban sebab kenaikan pun sedikit saja,” katanya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata kenaikan harga makanan laut ini hanya bersifat sementara waktu disebabkan keadaan cuaca menjadi faktor utama barangan berkenaan sukar diperoleh.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cuacatakmenentupuncahargamakananlautmahal/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...