Friday, July 15, 2011

Ambiga: BERSIH 2.0 tiada niat tumbangkan BN

Ambiga: BERSIH 2.0 tiada niat tumbangkan BN
Jul 13, 11 1:23pm

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata tidak pernah terlintas ataupun niat gabungan itu bagi menumbangkan kerajaan BN.

NONESebaliknya, kata Ambiga, BERSIH hanya mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

"Bagi saya, tidak pernah menjadi niat kami sehingga sekarang untuk menumbangkan kerajaan ini. Kami hanya mahu bekerjasama perbaiki sistem pilihan raya,” katanya.

Menurut beliau respons kuku besi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah faktor penentu yang menyumbang kepada sokongan luar biasa luar biasa terhadap perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Pada wawancara dengan akhbar antarabangsa Wall Street Journal, Ambiga berkata BERSIH 2.0 tidak akan mempolehi sokongan sedemikian jika kerajaan membenarkan perhimpunan aman itu diadakan dan tidak mengecamnya secara keterlaluan.

“Ramai orang mual dengan tindakan kerajaan yang bertindak sebagai “buli”. Saya kira itulah punca kita mendapat begitu ramai peserta dan meraih rentak sebegitu terhadap BERSIH,” kata Ambiga.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageRibuan orang daripada pelbagai bangsa menongkah arus tembakan gas pemedih mata, air berkimia dan tangkapan rawak oleh polis untuk turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan itu.

Ambiga juga ditanya jika terdapat persamaan di antara perhimpunan Sabtu lalu dengan demonstrasi di negara-negara Asia Barat seperti Mesir, Tunisia dan Syria.

Dalang Facebook

"Tiada persamaan, bagi saya. Situasi kita amat berbeza. Di sini, kami cuma menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Tetapi tindakan kerajaan yang keterlaluan menimbulkan momentum. Kita masih negara yang cintakan keamanan. Kami tetap mahu kerajaan berlaku adil,” katanya.

Ambiga juga menafikan gabungan itu adalah dalang di sebalik kempen di internet yang mendesak Najib meletakkan jawatan.

NONEHanya selepas 48 jam dilancarkan laman Facebook - 100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur, lebih 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka).

"Kami tidak kena mengena dengannya. Tidak pernah menjadi niat BERSIH bagi meminta perdana menteri berundur. Seperti saya kata, saya mahu kerjasama dengan perdana menteri dan kerajaannya untuk sistem pilihan raya yang lebih baik,” kata Ambiga.

Beliau juga mengulangi keberkecualian dan kebebasan gabungan BERSIH 2.0 yang dituduh menjadi alat pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.

NONE"Bagaimana boleh awak kata perjuangan untuk pilihan raya bersih dan adil hanya untuk pembangkang? Ia adalah untuk semua. Pakatan... memang sokong BERSIH. Apa salah dengan itu? Ahli Pakatan adalah juga rakyat negara ini. Tidakkah mereka berhak menyokong pergerakan yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas?”

Ambiga berkata Putrajaya gagal menghayati mesej daripada rakyat.

“Mereka (kerajaan) menyerang BERSIH lagi Isnin lalu. Yang diserang ini adalah rakyat dan pengundi anda,' kata Ambiga.


[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/169801

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...