Friday, July 15, 2011

Lynas bina fasa kedua kilang proses radioaktif

Lynas bina fasa kedua kilang proses radioaktif
Jul 13, 11 2:55pm

Anak syarikat pembekal nadir bumi, Lynas Corporation, di Malaysia, akan membelanjakan sehingga US$210 juta bagi pembinaan fasa kedua kilang penapisan yang dirancang di Kuantan, Pahang.

NONEMenurut laporan Australian Associated Press (AAP), Lynas Malaysia menandatangani surat anugerah dengan syarikat kejuruteraan Thai, Toyo-Thai Corporation, bagi kerja fasa kedua di kilang bahan maju Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

Surat anugerah itu bagi harga tetap sepenuhnya antara US$180 juta hingga US$210 juta.

Tertakluk kepada kelulusan, pembinaan dijadualkan siap pada tiga bulan terakhir 2012.

Fasa pertama kilang itu dijangka siap menjelang akhir tahun, kata AAP.

Awal bulan ini, saham Lynas turun berikutan laporan media bahawa kilang itu ditangguhkan selama satu hingga dua tahun.

Lynas menafikan laporan itu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169811

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...