Friday, August 26, 2011

Kajian: Liputan Utusan paling banyak untuk BERSIH

Ogos 25, 11 2:14pm

Akhbar harian bahasa Melayu - Utusan Malaysia - memberikan liputan paling meluas kepada BERSIH 2.0 berbanding dengan beberapa akhbar harian yang lain, demikian menurut kajiselidik oleh Pusat Kewartwanan Bebas (CIJ).

Kajiselidik tersebut meneliti semua laporan tentang gerakan reformasi pilihan raya itu, dua minggu sebelum perhimpunannya pada 9 Julai dan dua hari selepasnya, di Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times dan The Sun.

cij report on bersih news reporting 240811 ding jo-annPemantau media CIJ, Ding Jo-Ann (kiri), yang membentangkan hasil
kajiselidik itu di sesi perbincangan di Kuala Lumpur malam tadi, berkata sejumlah 771 artikel mengenai gerakan itu telah direkodkan dari 25 Jun hingga 11 Julai, dengan lebih separuh daripadanya atau 435 artikel adalah dari
Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, 94 peratus atau 407 artikel daripadanya memberi gambaran negatif terhadap gerakan tersebut, manakala 27 yang lain adalah neutral.

"Terdapat hanya satu artikel yang positif, di mana Utusan memetik (pengerusi BERSIH 2.0 Datuk) Ambiga (Sreenevasan) tanpa memanggilnya biadap atau degil)," kata Ding.

Manakala akhbar The Star, New Straits Times dan The Sun masing-masing menyiarkan 152, 147, dan 37 artikel mengenai BERSIH.

Daripada jumlah ini, artikel negatif yang dilaporkan ialah The Star (100 atau 66%), New Straits Times (110 atau 75%) dan The Sun (23 atau 62%).

Menurut Ding, walaupun terdapat beberapa artikel yang positif tentang BERSIH, sebahagian besar dilaporkan apabila BERSIH menimbang untuk membatalkan perhimpunan tersebut selepas Yang di-Pertuan Agong campurtangan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/174085

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...