Monday, October 10, 2011

AIR ASIA TIDAK PERLU KESATUAN SEKERJA

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 9TH, 2011

Tan Sri Tony Fernandes berkata, Air Asia tidak memerlukan kesatuan sekerja kerana syarikat gergasi penerbangan murah itu menjaga kepentingan 9, 000 pekerjanya.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia itu menjelaskan mengapa syarikat beliau tidak memerlukan kesatuan sekerja.“Mengapa? Kerana kita menjaga kakitangan. Anda hanya memerlukan kesatuan sekiranya pihak pengurusan tidak menjaga kepentingan pekerja,” kata Tony di dalam blognya.

Beliau menambah perkembangan kakitangan Air Asia adalah selaras dengan perkembangan syarikat.

Tony turut menyoal peranan dan keberkesanan kesatuan sekerja.

“Saya tidak pasti apa yang dibuat oleh sesetengah kesatuan. Adakah mereka bersifat demokratik dan mewakili segenap lapisan kakitangan?”

Ini kerana, menurut beliau, terdapat pemimpin kesatuan yang memegang jawatan penting di dalam kesatuan untuk tempoh lama.

“Adakah mereka ini memanfaatkan kakitangan atau diri mereka sendiri?” soal Tony.

Dialog jalan terbaik

Dalam konteks ini beliau tidak menafikan kepentingan hak golongan pekerja.

“Saya masih merasakan bahawa dialog (antara pengurusan dan pekerja) adalah kaedah terbaik untuk maju ke hadapan,” jelas Tony lagi.

Bagaimanapun, syarikat gabungan Air Asia iaitu MAS mempunyai kesatuan sekerja yang dikenali sebagai Kesatuan Sekerja MAS (Maseu) yang mempunyai kira-kira 15 000 pekerja.

Maseu membantah gabungan MAS-Air Asia dengan alasan tidak akan memberikan manfaat kepada MAS.

Maseu juga percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan sekerja.

MAS menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai laporan berita mengenai ancaman tindakan industri oleh tiga kesatuan dalam MAS.Menurut MAS, Maseu, Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah (ATWUS), turut dilibatkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF).

http://www.kl-today.com/2011/10/air-asia-tidak-perlu-kesatuan-sekerja/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...