Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my
ANGGOTA polis memeriksa barang kemas yang ditemui daripada seorang lelaki yang mati ditembak di Bukit Tinggi Klang malam tadi.
KLANG - Seorang wanita yang berada di dalam kereta tidak menyangka, bunyi tembakan yang didengarinya telah meragut nyawa suaminya dalam kejadian di pasar raya Giant di Bukit Tinggi, di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 7.45 malam, lelaki yang berusia 30 tahun mati ditembak seorang pengawal keselamatan selepas mengesyaki lelaki itu mencuri seutas rantai leher dari sebuah kedai emas di pasar raya tersebut.
Pemilik kedai cuci kereta tersebut mati akibat terkena tembakan di bahagian belakang badan.
Isteri mangsa berkata, dia terkejut apabila mendengar bunyi tembakan dan hampir pengsan setelah terlihat suaminya telah rebah akibat ditembak.
"Suami saya suruh saya tunggu di dalam kereta jaga empat anak saya dan dia kata mahu masuk sekejap ke dalam Giant untuk membeli barangan anak-anaknya.
"Tak sampai 15 minit saya dengar bunyi tembakan dan nampak seorang lelaki jatuh dan terkejut ia adalah suami saya," kata wanita berusia 28 tahun.
Cerita isteri lelaki itu lagi, dia akan membuat laporan polis selain akan mencari peguam bagi membela kematian suaminya kerana dia sama sekali tidak percaya suaminya mencuri.
http://www.kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment