Wednesday, September 17, 2008
Saintis rakam planet baru
GAMBAR ini menunjukkan sebuah planet (dalam bulatan) mengelilingi sebuah bintang mirip matahari.
LONDON - Sekumpulan saintis percaya mereka berjaya merakam gambar pertama sebuah planet yang mengelilingi bintang mirip matahari, lapor sebuah akhbar semalam.
Planet itu sangat jauh dan mempunyai jisim lapan kali ganda lebih berat daripada Planet Musytari dan berada sangat jauh daripada bintangnya iaitu 330 kali jarak Bumi ke matahari.
Sebelum ini, hanya sejumlah planet yang berada di luar sistem suria dirakam bersama bintang kecil dan ia dikenali sebagai si kerdil kelabu.
Imej-imej yang dikenali sebagai bintang muda tersebut dirakam oleh para pengkaji astronomi di Universiti Toronto dengan menggunakan teleskop Gemini North di Mauna Kea, Hawaii.
Laporan berita National Geographic menyatakan mereka tidak pasti sama ada bintang itu merupakan sebuah planet atau ia adalah sebuah objek yang menyerupai planet.
Dalam satu kertas kerja yang diserahkan kepada Astrophysical Journal Letters, saintis-saintis tersebut, David Lafreniere, Ray Jayawardhana dan Marten H. Van Kerkwijk berkata:
"Jika ia bersatu secara graviti, itu bermakna ia mungkin imej berjisim rendah dan kewujudannya dengan perbezaan yang besar boleh memberi cabaran yang besar terhadap teori kewujudan planet," kata saintis berkenaan. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment