KUALA LUMPUR: “Ia bukan dilema, tetapi ‘penyakit’ yang perlu dirawat. Umpama seorang penagih dadah yang menghadapi masalah ketagihan dadah, dia juga memerlukan rawatan sebelum diberi nasihat dan kaunseling,” kata pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dilema dihadapi Razi, 46, yang terpaksa memilih antara isteri dan keluarga atau pasangan sejenisnya, Edi.
Menurutnya, lelaki yang mempunyai naluri songsang dan berkeinginan dengan pasangan sejenis adalah ‘penyakit jiwa’ kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia dan menyalahi hukum syarak agama.
Katanya, dalam Islam dinyatakan perbuatan yang melanggar tabii seperti menjalin hubungan homoseksual ditegah sama sekali dan ia memerlukan rawatan kerohanian mengikut cara Islam.
“Mereka perlu dirawat secara kerohanian dan bertaubat, sama ada berjumpa ulama atau individu yang arif mengenai soal agama. Tidak ada pilihan lain.
“Apabila mereka menyesali kesalahan melakukan perbuatan itu melalui proses rawatan sebegitu, baru sesuai individu terbabit diberi nasihat dan kaunseling, seterusnya kembali hidup normal seperti orang lain,” katanya.
Pendakwah bebas, Ahmad Shukri Yusoff, turut bersetuju individu yang menghadapi kecelaruan naluri memerlukan rawatan kerohanian bagi menerima hakikat dan kebenaran untuk kembali kepada fitrah manusia.
Katanya, ia bermula dengan taubat dan seterusnya berazam meninggalkan perbuatan songsang yang menyalahi landasan agama itu.
“Masalah begini timbul kerana tidak mengetahui kebenaran dalam Islam dan balasan yang bakal diterima oleh individu terbabit.
“Sebab itu ia memerlukan rawatan atau terapi supaya individu itu insaf dan menyedari kesalahan selama bergelumang dengan dosa. Kembali kepada Islam adalah jalan terbaik,” katanya yang turut menguruskan Fitrah Power Resources.
Mengenai dilema dialami Razi, beliau menegaskan, Razi sebenarnya tiada pilihan kecuali memilih jalan benar iaitu kembali ke pangkuan isteri dan keluarga.
Katanya, apa dilalui Razi sebenarnya adalah keseronokan dunia semata-mata, sebaliknya dia perlu memikirkan masa depan keluarga, terutama anak.
“Ia bukan lagi satu pilihan, jika menuju ke jalan maksiat dan mengakibatkan dosa, ia sepatutnya ditinggalkan.
“Dia (Razi) sepatutnya insaf dan memberi tumpuan kepada hidup keluarganya,” katanya.
Pun begitu, katanya, Razi juga perlukan bimbingan dan dorongan daripada isteri, anak dan keluarga jika menyedari masalah berkenaan.
“Tidak dinafikan, sukar bagi individu tertentu untuk berubah apabila menghadapi masalah naluri songsang.
“Jika isteri tahu, dia perlu turut sama membimbing suaminya. Jika masih tidak berubah dalam tempoh panjang, isteri boleh membuat pilihan sama ada ingin hidup bersama lagi, atau sebaliknya,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20081026092414/Article/index_html
Monday, October 27, 2008
Salah guna duit derma
Oleh YUSRI ABDUL MALEK dan NORFAISAL JAHURI
am@hmetro.com.my
ALOR GAJAH: Seorang nenek kesal kerana derma yang disalurkan orang ramai melalui tabung khas untuk membawa pulang anak bersama lima cucunya yang kini di Lombok, Indonesia, yang dilancarkan Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi dua bulan lalu dan dianggarkan lebih RM1,000, kini hanya berbaki RM450 tanpa diketahui ke mana jumlah lebihan itu dibelanjakan.
Malah, nenek itu yang juga ibu tunggal, Salmah Mahmud, 67, dari Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, dekat sini, tidak pernah menerima sesen pun wang berkenaan walaupun tabung itu ditubuhkan bagi membantu membawa anak keempat dan lima cucunya pulang ke negara ini selepas ada di Lombok kerana mengikut menantunya enam tahun lalu.
Salmah pernah bertanya mengenai jumlah duit dalam tabung itu, tetapi jawapan diberi sungguh mengecewakan dan kini dia tidak lagi mahu mengharapkan bantuan biro berkenaan.
“Biar saya cari wang sendiri. Saya tidak harapkan wang dari biro itu lagi. Cukuplah apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, Salmah masih mengharapkan ada pihak sudi membantunya membawa pulang anaknya, Sanisah Abu Bakar, 33, dan lima cucunya yang mengikut suaminya pulang ke Lombok pada 2002 dan tidak pulang hingga kini.
“Sebagai ibu tunggal yang tidak bekerja, tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk membawa pulang anak dan cucu saya. Anak saya sering menangis minta dibawa pulang ke sini selepas tidak tahan menanggung derita akibat kemiskinan di negara orang,” katanya.
Salmah berkata, anaknya tidak putus-putus menghubungi dan merintih supaya beliau berikhtiar mencari bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menolong.
“Saya sudah kering air mata mendengar rintihan Sanisah yang merayu mencari wang untuk membawa dia pulang,” katanya.
Menurut Salmah, dia terharu pada mulanya apabila ada pihak sanggup membantu menubuhkan tabung khas untuk membantunya sejak dua bulan lalu.
“Namun setakat ini jumlah sumbangan orang ramai hanya RM1,000, sedangkan jumlah diperlukan adalah RM10,000.
“Saya harap impian bertemu Sanisah akan menjadi kenyataan. Hampir enam tahun kami tidak bertemu, makcik sangat merindui mereka. Makcik harap ada orang bersimpati dengan nasib saya,” katanya.
Salmah berkata, Sanisah berkahwin dengan warga Indonesia, Widodo Cinasin, 35, yang berasal dari Lombok.
Selepas beberapa tahun berkahwin atas restu keluarga dan dikurniakan anak, Salmah meminta izin mengikut suaminya pulang ke kampung halamannya di Lombok bagi bertemu mentuanya.
“Pada mulanya Salmah dan suaminya hanya merancang bercuti selama sebulan selepas keluarga mentuanya teringin mahu menemuinya, tetapi tidak pulang sehingga kini,” katanya.
Sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank EONCAP di akaun 6089000578.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negerin (Adun) Kuala Linggi, Ismail Othman, gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Mutakhir/20081026092259/Article
Penangan remaja jambu
Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Umurnya sudah masuk kategori veteran, berumah tangga selama 21 tahun dan anak sulung kini berusia 20 tahun, namun itu semua belum mampu membebaskan seorang lelaki daripada cengkaman naluri homoseksual.
Hanya mahu dikenali sebagai Razi, 46, bapa empat anak itu meluahkan kegelisahan dan dilema dialaminya kepada Metro Ahad dengan alasan dia kini menyedari tidak boleh lagi hidup berpura-pura sebagai lelaki normal.
Razi berkata, nafsu dan cinta sebenarnya bukan kepada isteri tetapi pada kekasihnya, iaitu seorang anak muda sama jantina dengannya yang dipanggil Edi selepas mereka menjalin hubungan sejak enam tahun lalu.
“Bukan kerana saya tak sayangkan isteri lagi tapi setiap kali menatap wajahnya, saya menyedari saya tidak lagi menyukainya sebagaimana ketika mula-mula berkahwin dulu. Cinta sebenar saya adalah kepada Edi.
“Sukar mengikis naluri yang terpendam dalam diri ini, saya lebih suka mendampingi lelaki. Saban hari saya hanya terkenangkan ‘kekasih’ saya,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.
Razi juga mengakui perkahwinan dengan isterinya yang dilangsungkan 21 tahun lalu sebenarnya lebih bertujuan memenuhi kehendak keluarga dan pada masa sama diharap mampu menutup naluri songsang yang mencengkam dirinya sejak di bangku sekolah lagi.
Menurutnya, ketika di sekolah menengah dan menuntut di universiti, dia kerap memendam perasaan apabila jatuh hati kepada lelaki disukainya. Ia tidak pernah diluahkan kerana takut dipandang sinis dan dicerca oleh mereka.
“Saya juga cuba melawan keinginan songsang saya dan belajar mendekati wanita. Akhirnya saya bertemu seorang gadis ketika menuntut di universiti. Dia kini isteri saya.
“Sejak mula berkahwin, saya cuba mencintai dan menyukainya tetapi entah mengapa perasaan itu tidak mahu datang kepada saya. Walaupun kami kemudian dikurniakan anak sehingga empat orang, realitinya saya tidak pernah menyintai isteri sepenuh hati.
“Nafkah batin yang saya beri kepada isteri hanya semata-mata memenuhi tanggungjawab tanpa ada perasaan cinta. Hubungan kami mampu bertahan sehingga 21 tahun kerana dia memang setia dan benar-benar cintakan saya,” katanya.
Menurut Razi, selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga dan mengawal gejolak nafsu songsangnya, pada 2001 dia tewas pada godaan apabila berkenalan dengan Edi yang ketika itu masih menuntut di sebuah universiti di Selangor.
Katanya, ibarat pasangan bercinta, mereka sering keluar setiap hujung minggu dan kerap juga bersama ke pusat peranginan terkenal di tanah air hingga seminggu lamanya.
“Isteri saya mengenali Edi tapi pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa, malah dia menganggap Edi keluarga angkat kami, tapi tembelang pecah apabila ada rakan membuka rahsia hitam saya pada Jun lalu.
“Sejak itu kami sering bertengkar. Apabila didesak isteri, saya masih menafikan hubungan songsang saya dengan Edi. Bukan apa, saya sayang juga dengan rumah tangga kami yang bertahan 21 tahun. Lagipun, saya malu kalau anak tahu ayah mereka sebenarnya gay,” kata Razi.
Sejak hujung September lalu, Razi tidak lagi tinggal sebumbung bersama isteri kerana isterinya tidak mempercayainya lagi.
“Sejak berjauhan, timbul pula rasa rindu pada keluarga, terutama anak. Memang sepatutnya saya memilih keluarga daripada bersama Edi dan saya tahu apa yang saya lakukan salah serta bertentangan fitrah yang dituntut agama.
“Namun saya juga tidak mahu menipu diri sendiri dan hipokrit. Sukar membuang keinginan bersama Edi. Dalam masa sama, saya tidak mahu melukakan hati isteri. Paling penting anak, adakah mereka boleh terima semua ini?” katanya yang masih buntu membuat keputusan.
http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20081026085942/Article
Kerja teruk demi anak - Pekerja asing Malaysia kirim RM50 juta sehari
SEJAK diwujudkan pada 2001, Yayasan Western Union sudah memberi geran berjumlah AS$45 bilion khusus untuk membantu ribuan imigran yang miskin di lebih 70 buah negara termasuk Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------
SETIAP awal bulan, Gilda Barrios Pamo, 37, dari Pulau Luzon, Filipina seperti biasa kelihatan sabar beratur menunggu giliran di sebuah bank di Lembah Klang sebaik saja ia dibuka pukul 9 pagi.
Pembantu rumah itu sanggup keluar sejak awal pagi lagi dengan menaiki bas dari kediaman majikannya di Klang, Selangor semata-mata untuk segera menyelesaikan tugasnya itu.
Tiba di kaunter, juruwang seolah-olah sudah mengerti urusan ibu kepada dua anak lelaki yang menjadi ‘pelanggan’ tetap itu iaitu mengirim wang ke kampungnya.
Itulah rutin bulanan Gilda. Habis sahaja urusan, dia bergegas pulang ke rumah majikannya. Namun dia tidak lupa memberi bantuan kewangan kepada keluarganya yang miskin biarpun sedikit.
“Anak sulung saya berumur 16 tahun dan yang bongsu sembilan tahun. Mereka cukup gembira menerima kiriman wang gaji ini biarpun saya amat jarang pulang ke kampung,” katanya sayu.
Hakikatnya, Gilda tidak keseorangan. Dianggarkan seramai 2.1 juta pekerja asing di Malaysia melakukan perkara yang sama iaitu menghantar wang buat keluarga tercinta di negara asalnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapannya di Parlimen Rabu lalu bahkan mendedahkan secara purata, setiap pekerja itu mengirim RM720 sebulan.
Bagaimanapun transaksi keluar tersebut setakat ini tidak menjejaskan kedudukan rizab kewangan semasa dan angka itu cuma mewakili 4.7 peratus simpanan negara.
Ironi, tidak ramai yang menyedari kenapa pekerja asing khususnya di sektor perburuhan dan pembantu rumah tekun mengirim pulang wang itu meskipun nilainya tidaklah begitu besar.
SYUKUR. Gilda ceria menceritakan anaknya di kampung dapat bersekolah dengan baik hasil geran pendidikan Yayasan Western Union.

“Rahsianya mungkin remeh tetapi realitinya mereka berbuat demikian demi membantu meringankan beban persekolahan si anak di kampung yang miskin,” jelas Anand Kadakol.
Pengurus Negara Malaysia Western Union itu bukan bercakap kosong sebaliknya berdasarkan kajian rapi firma pemindahan wang terbesar di dunia sejak tahun 1851 itu.
Bancian mereka menunjukkan warga asing yang bekerja di Malaysia mengirim wang berjumlah AS$5 bilion (RM17.47 bilion) setiap tahun ke negara asal mereka.
Angka kasar tersebut termasuk juga yang dihantar oleh ribuan pendatang tanpa izin. Secara purata sejumlah RM46.57 juta wang dari negara ini mengalir keluar pada setiap hari.
Isu pendidikan itu rupa-rupanya secara tidak langsung mendedahkan kenyataan kenapa ribuan rakyat asing sanggup berhijrah ke Malaysia walaupun bekerja dengan gaji kecil.
“Saya sendiri pernah berbual dengan mereka dan menitis air mata apabila secara jujur mereka bercerita mengenai kesanggupan berlapar semata-mata mahu anak mereka tidak tercicir sekolah,” katanya.
Realiti itu diakui Aguswandi Ramli yang merupakan antara 100 penerima geran pendidikan Yayasan Western Union dan Hope Worldwide di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bersama Gilda, dia yang berasal dari Makasar, Indonesia tidak lupa menghantar sejumlah wang ke kampung untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Pernah anaknya tidak mampu membeli buku kerana tidak cukup wang lalu dia sanggup bekerja lebih masa untuk mendapat upah tinggi dek tidak sampai hati dengan rintihan itu.
“Daripada wang inilah, mereka mendapat keputusan yang baik dalam ujian tetapi adakala saya menangis tidak dapat bersama meraikan kejayaan anak-anak saya di kampung,” jelasnya pilu.
Namun Aguswandi bersyukur dipilih sebagai penerima geran berjumlah RM1,000 dan berharap biasiswa kecil itu meningkatkan motivasi anaknya untuk terus cemerlang hingga ke peringkat tertinggi.

Antara Diwali dan Deepavali
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my
Sebenarnya, Diwali disambut sehari selepas Deepavali tetapi di Malaysia, kami telah menyelarasnya agar diraikan bersama perayaan Deepavali oleh kaum India.
--------------------------------------------------------------------------------
SAMA tapi tak serupa. Ramai yang tidak tahu bahawa sejarah sambutan Deepavali berbeza dengan Diwali. Cara sambutannya mungkin bertindih tetapi di sebalik gemerlapan cahaya pelita, manisan dan lilitan sari yang menawan, Dr. Harwindar Singh berkongsi kisah permulaan perayaan Diwali di bahagian utara India.
Semasa pemerintah Mughal, Jahangir (1570-1627) berkuasa, baginda telah mengeluarkan arahan supaya menangkap Guru yang ke-6 dalam kepercayaan agama Sikh iaitu Sri Guru Hargobind Sahib Ji. Beliau ditangkap bersama 52 raja Hindu yang lain sebelum dipenjara.
Pada ketika itu, Jahangir yang sering mendapat mimpi buruk, mendapatkan nasihat daripada ahli jawatankuasa agama yang menyarankannya supaya membebaskan banduan-banduan yang tidak bersalah.
"Salah seorang daripada ahli jawatankuasa itu mendakwa bahawa mimpi buruk itu mempunyai kaitan dengan penahanan seorang utusan Tuhan (merujuk kepada Sri Guru Hargobind Sahib Ji). Sebaik sahaja mendengar pendapat itu, Jahangir memutuskan supaya segera membebaskan Sri Guru Hargobind," ujar Harwindar, 50, ketika ditemui di rumahnya di Taman Setapak, Kuala Lumpur.
SUASANA harmoni bersama keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah pada perayaan Diwali.

Namun, Sri Guru Hargobind enggan akur pada titah baginda kecuali jika 52 orang tahanan lain dibebaskan bersamanya. Mendengar kata-katanya, Jahangir meletakkan syarat bahawa sesiapa yang dapat memegang erat kurta (baju) Jahangir akan dibenarkan pulang bersama.
Mendengar perintah ini, seorang wanita tua dikatakan menjahit sehelai kurta dengan 52 utas benang yang digantung pada baju tersebut.
Akhirnya, mereka semua berjaya berjalan keluar dari tahanan di bandar Gwalior dan Sri Guru Hargobind diperingati kerana cintanya terhadap masyarakat Sikh dengan menganjurkan sebuah perayaan yang meriah.
AMRIT KAUR (kiri) bermain harmonium dan Akaaljot Singh (kanan) memukul gendang tabla pada pagi Diwali.

Ironinya ialah ketika itu masyarakat India menyambut Deepavali. Lalu, masyarakat Sikh di Darbar Sahib, Amritsar, India turut serta dan mengenalinya sebagai Bandi Chod Diwas yang bermaksud Diwali dalam bahasa Punjabi.
"Berbalik kepada asas pengajaran moral di sebalik mengenang sejarah lampau ini, Deepavali disambut setelah kuasa jahat (Narakasura) ditumpaskan oleh Dewa Krishna. Bagi Diwali pula, kebenaran berjaya mengatasi kezaliman," ujarnya sambil menguntum senyuman.
Hari ini, sambutan Diwali dilihat sebagai satu lembaran baru dalam kehidupan masyarakat Punjabi yang tersebar meluas ke seluruh dunia. Dari Australia ke Afrika Selatan hinggalah ke kota metropolitan New York, masyarakat Punjabi berusaha mengecapi kejayaan dan kekayaan dan pada masa yang sama, sentiasa berpegang kepada akar umbi ajaran nenek moyang.
Di Malaysia, 0.008 peratus atau kira-kira 200,000 orang adalah penganut beragama Sikh. Kata Harwindar, mereka mempunyai hampir 119 buah Gurdwaras atau pusat menunaikan sembahyang.
ARCOIN DARJIT KAUR khusyuk membaca kitab suci agama Sikh.

Pusat ini memainkan peranan penting kerana ia bukan sahaja menjadi titik tumpuan penyebaran ajaran agama tetapi para jemaah akan berhimpun di sini pada hari Diwali.
"Sebenarnya, Diwali disambut sehari selepas Deepavali tetapi di Malaysia, kami telah menyelarasnya agar diraikan bersama perayaan Deepavali oleh kaum India," ujarnya yang menjelaskan secara mendalam perayaan yang disambut seawal pukul 4 pagi.
MEMBACA doa menjadi satu kemestian yang diwarisi sejak turun-temurun.

Menurut beliau, mereka akan bangun tidur sebelum matahari terbit dan bersiap-sedia mengenakan pakaian baru iaitu salwar kurtha untuk lelaki dan salwar kameez untuk perempuan.
Setiap seorang akan melakukan doa 'nitnam' atau doa peribadi sebelum menyertai doa berkumpulan bersama keluarga. Semasa masuk ke bilik sembahyang, kedua-dua wanita dan lelaki akan menutup rambut dengan sehelai selendang.
Anak bongsunya, Arwindarjit Kaur, 15, membacakan ayat-ayat suci dari kitab sambil diselia oleh Harwindar yang cukup terdidik dalam bidang keagamaan. Beliau merupakan bekas Presiden Organisasi Belia Sikh Malaysia dan kini merupakan ahli jawatankuasa keagamaan di Gurdwaras Malaysia.
Selepas itu, anak-anak saudara yang masih kecil akan memainkan alat muzik seperti harmonium dan tabla diiringi dengan lagu keagamaan yang dinyanyi oleh semua ahli keluarga.
"Satu perbezaan yang ketara dengan sambutan Deepavali ialah kami tidak mandi minyak bijan."
Selepas itu, mereka akan pergi ke Gurdwaras Sahib di Sentul untuk menjalankan ibadat sembahyang bersama komuniti Punjabi yang lain. Kebiasaannya pihak pengurusan akan menjemput tokoh agama yang bertauliah dari India untuk membacakan doa.
"Kami akan buat dua perkara iaitu Katha (mendengar) dan Kirtan (menyanyi) sehingga waktu makan petang yang terdiri daripada masakan tanpa daging," jelasnya yang pulang ke rumah bagi mengalu-alukan ketibaan tetamu.
Berbeza dengan negara India yang tidak mengamalkan tradisi kunjung-mengunjungi, masyarakat Punjabi di Malaysia menjemput kawan-kawan dari agama lain untuk menikmati juadah hidangan istimewa.
Daripada jalebi, patisah, gulab jamun, pakorah, balushiahi, barfih, muruku dan sudah tentu capati, sajiannya cukup mewah dan membangkitkan selera.
Isteri Harwindar, Jaswinder Kaur, 49, mahir membuat manisan dengan bantuan adiknya, Harmindar Kaur dan Gursharan Kaur.
Sementara itu, Alyssa Sylvanmani dan Low Chian Wen, masing-masing 15, tidak jemu mencuba setiap satu hidangan yang masih segar dan panas.
"Kunjungan ini meningkatkan kefahaman terhadap sambutan masyarakat Punjabi, selain mengukuhkan semangat kejiranan," katanya.
Suasana yang riuh rendah dengan kehadiran adik-beradik dan sanak-saudara, tidak mengejutkan si kecil, Karanjot Singh, 2, yang kelihatan mengantuk. Sepupunya, Akaaljot Singh, 7, cukup aktif dan nakal semasa menerima 'duit raya' daripada pak cik dan mak cik mereka.
Dalam pada itu, rakan baik Harwindar, Jagjit Singh, 53, kesal kerana ramai warga muda tidak mengetahui sejarah sambutan Diwali.
"Untuk mengukuhkannya semula, setiap tahun, kami mengadakan seminar atau kem belia untuk anak-anak muda Sikh mempelajari ilmu keagamaan, pendidikan, nilai keusahawanan, motivasi dan lain-lain," jelasnya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Pengebom Bali dianggap hero
SEORANG wanita berjalan di dalam pekarangan sekolah Darusy Syahadah, Boyolali yang menganggap ketiga-tiga pengebom tersebut, Mukhlas (atas), Imam Samudra (tengah) dan Amrozi (bawah). sebagai hero.
--------------------------------------------------------------------------------
BOYOLALI - Bagi pelajar-pelajar di sekolah Darusy Syahadah, tidak ada persoalan lagi bahawa tiga pejuang jihad yang terlibat dalam serangan bom di Bali, Indonesia pada 202 adalah hero.
Pihak berkuasa menyatakan pada minggu lalu bahawa tiga pengebom itu, Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra akan ditembak mati pada awal November depan kerana peranan mereka dalam serangan bom di Bali yang menyebabkan 202 orang terbunuh.
"Mereka adalah pejuang suci, itulah reaksi saya, mereka adalah pejuang suci," kata seorang pelajar, Sir Muhammad Syihabuddin Ar-Rohmi.
Rakannya, Nawawi yang juga berumur 18 tahun turut bersetuju: "Mereka adalah sama seperti kami, mereka mahu melakukan perbuatan yang baik."
Menurut beberapa pakar, sekolah itu yang terletak di Jawa Tengah pernah menjadi hab penting untuk melatih dan mengambil serta menanamkan doktrin rangkaian militan kumpulan Jemaah Islamiah (JI).
Ketika pihak berkuasa menyerbu sel JI dan membunuh serta memenjarakan militan-militan utama, sekolah-sekolah berasrama Islam yang mempunyai kaitan dengan kumpulan itu dan masih beroperasi di seluruh Indonesia menyebarkan ideologi radikal.
Jika satu generasi baru pengebom JI muncul, ia adalah dari sekolah seperti itu.
Bekas pelajar sekolah seperti itu termasuk Salik Firdaus iaitu seorang pengebom berani mati yang terbunuh dalam serangan di Bali pada 2005 dengan menyebabkan 20 orang terbunuh.
Menurut seorang pakar JI, Sidney Jones dari Kumpulan Krisis Antarabangsa, berikutan usaha polis memerangi militan dan menghadapi kemarahan penduduk awam berhubung serangan bom, JI kini sudah berpecah.
Sebuah kumpulan kecil yang berada di belakang seorang militan yang menjadi buruan, Noordin Mohammed Top dari Malaysia masih memberi bantuan dan kini berusaha ke arah untuk melancarkan serangan bom terhadap sasaran tempatan dan asing.
Beberapa buah kumpulan lagi, menguasai sekolah-sekolah, terus menyanjung jihad tetapi kebanyakan anggotanya sudah dipengaruhi oleh kerajaan yang melakukan strategi menyahkan fahaman radikal sehingga berjaya menghalang sebahagian serangan.
"Saya berpendapat sekolah-sekolah seperti itu masih menjadi satu masalah, ia menyebarkan idea menyanjung jihad.
"Namun, tidak terdapat satu jihad untuk dilaksanakan kini," kata Jones.
"Persoalan sekarang adalah apakah yang bakal dilakukan oleh lulusan sekolah itu lima hingga sepuluh tahun daripada sekarang?" soalnya.
Bagi Pengetua Darusy Syahadah, Mustaqim, beliau mempunyai satu persediaan untuk pelajar-pelajar itu.
Sekolah itu menggalakkan latihan dan pertahanan diri dan menyasarkan untuk memperjuang dan mempertahankan Islam.
"Dalam kita al-Quran, ada dinyatakan bahawa golongan kafir akan memperkukuhkan sesama sendiri dan melancarkan satu perang palsu.
"Kami sudah diarahkan untuk memperkukuhkan Islam bagi menentang kepalsuan," katanya.
Berhubung kejadian serangan bom berani mati iaitu ciri-ciri kumpulan Noordin, Mustaqim menegaskan bahawa tujuan itu adalah mulia tetapi kaedah yang digunakan adalah tidak betul.
"Kaedah yang dilakukan oleh Noordin adalah tidak dalam laluan sama," katanya.
Isteri Mustaqim, Ubeid iaitu seorang anggota JI dipenjarakan kerana membantu Noordin hidup dalam persembunyian.
Seorang pelajar, Nawawi berkata, terpulang kepada Tuhan sama ada dia akan mengikut jejak langkah yang sudah ditunjukkan oleh tiga pengebom Bali itu.
Di sebuah sekolah agama berasrama penuh yang dibiayai oleh seorang guru tetapi dituduh menjadi ketua utama JI, Abu Bakar Bashir di bandar Ngruki, pengebom-pengebom tersebut diberi penghormatan tetapi terdapat perbezaan pendapat mengenainya.
Abu Bakar menyalahkan satu peralatan Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) yang dilancarkan dari sebuah kapal di luar perairan pantai Bali yang menyebabkan letupan besar berlaku pada 2002.
"Bom yang diletupkan oleh Amrozi, hanya memecahkan tingkap dan tidak mencederakan orang ramai kalau ada pun hanya menyebabkan kecederaan ringan," katanya.
"Pengebom-pengebom yang berjuang dengan kaedah itu bukannya keganasan tetapi dengan tujuan untuk mempertanhankan Islam yang kini menjadi sasaran Amerika Syarikat (AS) dan rakan-rakannya," jelasnya.
Bagaimanapun, Pengetua Al-Mukmin, Wahyudin berkata, mengebom kelab-kelab malam di Bali bukannya satu tindak balas yang sesuai berhubung isu penindasan umat Islam global.
"Bali bukannya satu kawasan konflik, ia bukan sebuah kawasan perang.
"Walaupun kita boleh menyatakan pastinya terdapat musuh di situ, terdapat juga orang yang bukan musuh. Ia tidak dapat dielakkan.
"Itu (serangan bom) merupakan satu kesilapan," jelasnya. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Siasat kahwin budak
GAMBAR ini menunjukkan Syeh Puji dengan isterinya yang berusia 12 tahun.
--------------------------------------------------------------------------------
JAKARTA - Ssebuah agensi perlindungan kanak-kanak kini melakukan siasatan berhubung laporan bahawa seorang usahawan yang juga guru agama sudah berkahwin dengan perempuan berumur 12 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar Jakarta Post melaporkan guru agama dari Jawa Tengah itu didakwa berkahwin dengan kanak-kanak perempuan bawah umur dengan mendapat persetujuan ibu bapanya pada Ogos lalu.
Guru agama itu juga merancang untuk berkahwin dengan dua lagi wanita berumur tujuh dan sembilan tahun.
Agensi perlindungan itu mernacang untuk menyoal siasat guru agama terbabit, kanak-kanak perempuan dan ibu bapanya.
Kadi yang menguruskan akad nikah dan saksi perkahwinan juga akan disoal siasat oleh agensi itu, Suruhanjaya Pelindungan Kanak-Kanak.
Berdasarkan undang-undang Indonesia, seorang wanita mesti berumur 16 tahun jika mahu berkahwin.
Seseorang yang berkahwin dengan individu berumur di bawah 16 tahun boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 16 tahun.
Guru agama itu merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan memiliki sebuah sekolah berasrama penuh di Jawa Tengah.
Dia mendapat liputan di akhabr-akhbar kerana menderma berbilion-bilion rupiah kepada golongan miskin dalam bulan Ramadan.
Sebelum ini, seorang ahli perniagaan di Semarang, Indonesia Pujiono Cahyo Wicaksono yang terkenal dengan gelaran Syeh Puji mendedahkan isteri keduanya yang baru berusia 12 tahun, Lutfiana Ulfa.
Walaupun masih terlalu muda, isteri keduanya itu diberikan tugas untuk menjadi pengurus besar di beberapa buah syarikat miliknya. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

'Tak perlu minta restu mereka'
NASRUDIN bersama Fadilah di Lombok.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Nasrudin Dahrom, 24, lelaki yang menimbulkan kontroversi kerana melarikan Nor Fadilah Ahmad, 18, untuk dikahwininya di Lombok, Indonesia, bertegas enggan ke Malaysia untuk mendapatkan restu kedua-dua ibu bapa gadis itu.
Dia enggan bertemu ibu bapa Fadilah dan berkahwin mengikut cara yang betul di negara ini kerana yakin mendapat tentangan khususnya daripada bapa gadis itu, Ahmad Abdul Hamid.
"Sebelum ini pun saya sudah mencuba tetapi, bapa Fadilah masih tetap berkeras tidak membenarkan kami berkahwin dan jika saya perlu ke sana untuk mendapatkan Fadilah dengan cara yang betul mengikut adat di sana,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Fadilah yang sebelum ini didakwa telah dilarikan oleh Nasrudin Dahrom mendapat perhatian ramai pada 24 September lalu Ahmad meluahkan rasa kecewa setelah mendapat tahu anaknya dilarikan oleh pemuda tersebut.
Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai, Perak nekad mengikut Nasrudin pada 3 September lalu ketika bekerja sebagai operator di sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor.
Dalam pada itu, keluarga Fadilah dijangka berlepas ke Mataram, Nusa Tenggara Barat hari ini untuk berjumpa semula dengan anak mereka itu sambil diiringi rombongan Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Boikot jika harga barang tak turun
KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap akan meneruskan kempen boikot besar-besaran sekiranya kerajaan gagal mengumumkan penurunan harga barangan selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Presidennya, Omar Osman berkata, kata putus itu sudah dipersetujui bersama dengan Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia.
"Dulu peniaga memberi alasan harga minyak naik untuk menaikkan harga barangan, tetapi bila harga minyak sudah turun, kenapa mereka buat tidak tahu dan masih mengekalkan harga barang pada kadar tinggi?'' katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Omar, pihak terbabit terutama persatuan peniaga perlu memberi penjelasan sewajarnya dan sama-sama bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya sudah bercakap dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, kalau boleh harga barang turunkan kembali ke paras normal, supaya pengguna dapat menyimpan untuk masa depan.
"Ini kerana, berikutan kenaikan harga minyak dan harga barang yang mendadak kebelakangan ini, ramai pengguna dan kakitangan awam terpaksa mengeluarkan simpanan mereka untuk menampung kos sara hidup yang tinggi," tambahnya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Sayur semakin mahal
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
berita@kosmo.com.my
MASALAH cuaca buruk dijangka menjadi punca harga sayur naik tidak lama lagi
- Gambar hiasan.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Harga sayuran di pasaran tempatan dijangka melonjak 30 hingga 100 peratus dalam masa terdekat ekoran jangkaan pengeluaran terjejas akibat cuaca tidak menentu ketika ini.
Menurut Pengerusi Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia, Tan So Tiok, musim hujan dan banjir di utara Semenanjung menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran dan ia akan memberi kesan terhadap harga.
"Banjir dan musim hujan yang melanda seluruh negara telah mengurangkan pengeluaran sayur sedangkan permintaan semakin meningkat lebih-lebih lagi waktu Deepavali," katanya.
Beliau bagaimanapun memberitahu, orang ramai tidak perlu risau kerana sayuran yang diimport mampu untuk menampung keperluan.
"Memang sayur kurang di pasaran tetapi tidak perlu risau kerana bekalan tetap dijamin cukup,'' katanya
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Minyak patut RM1.60 - Pakar
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN dan SAIFUL AFFENDY SARPAN
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar menurunkan harga petrol kepada RM1.60 seliter memandangkan harga pasaran minyak mentah dunia merudum sehingga ke paras AS$60 (RM210) setong.
Pengerusi Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor berkata, harga itu berdasarkan perbandingan ketika harga petrol dijual RM1.92 seliter dalam keadaan harga pasaran dunia sekitar AS$70 setong.
Bagaimanapun katanya, harga minyak dunia dijangka berlegar sekitar paras AS$90 setong beberapa bulan akan datang ekoran Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) mengurangkan pengeluaran.
"Saya jangkakan harga minyak boleh diturunkan di bawah RM2 iaitu antara RM1.60 hingga RM2 dengan melihat keadaan ekonomi negara ketika ini.
"Jika harga minyak turun, pengguna akan berbelanja lebih, tetapi harga barangan mungkin tak turun sebab pesaing kurang.
"Contohnya pembekal makanan ayam hanya ada beberapa sahaja di negara ini," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang trend penurunan harga minyak dunia ketika ini yang merudum dan dikatakan akan mencecah sehingga ke paras AS$60 setong.
Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berkata, harga petrol boleh diturunkan kepada RM2.15 seliter tetapi tidak di bawah RM2.
Ini kerana katanya, walaupun harga minyak dunia mengalami penurunan sehingga paras AS$60 setong, ia juga akan memberi impak kepada pendapatan negara.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Ibu muda mengaku buang bayi
SABARIAH diiringi anggota polis masuk ke dalam van untuk dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam bagi menghadapi pertuduhan membuang bayi di Masjid Terapung.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA TERENGGANU - Ketika umat Islam masih dalam keriangan menyambut Syawal, seorang bayi yang tidak berdosa ditinggalkan di ruang solat perempuan di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai 11 Oktober lalu.
Bayi lelaki tersebut ditemui telah tidak bernyawa oleh beberapa jemaah wanita yang hendak menunaikan solat Subuh di masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung itu.
PEGAWAI forensik polis membawa keluar mayat bayi ketika ditemui dalam Masjid Terapung 11 Oktober lalu.

Ibu mana yang sanggup melakukan perbuatan keji itu, tidak dapat dipastikan sehinggalah seorang wanita berusia 21 tahun, Sabariah Yatim ditahan polis pada 14 Oktober untuk membantu siasatan.
Semalam, Sabariah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen untuk didakwa kerana melakukan perbuatan tersebut.
"Saya mengaku membuang anak itu di Masjid Terapung."
Itulah pengakuan Sabariah, ibu kepada bayi tersebut yang dilafazkan dalam keadaan tenang di hadapan hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.
Sabariah yang berasal dari Kampung Lubok Kawah, Jertih, Besut itu bagaimanapun tidak mengaku membunuh bayi itu sebelum diletakkan di ruang solat perempuan di tersebut.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Harga minyak turun kali keempat, minggu depan
Sabtu Oktober 25, 2008
PETALING JAYA: Pengguna berpeluang untuk merasai penurunan harga minyak buat kali keempat dalam tiga bulan menjelang hujung minggu depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan mungkin mengumumkan sekali lagi harga baru petrol dan diesel pada 30 Oktober atau 1 November ini, berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini.
Harga minyak di pam turun tiga kali sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 September dan kali terakhir 15 Okt.
Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.
Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.
Shahrir berkata berikutan penurunan berterusan harga minyak itu, beberapa syarikat pasar raya dan pasar raya besar bersetuju untuk menyemak harga produk yang dijual di premis masing-masing.
"Minggu depan beberapa syarikat pasar raya akan bersama-sama kementerian mengumumkan penurunan harga di pasar raya mereka," katanya yang tidak menyebut nama syarikat yang terbabit dan tarikh sebenar pengumuman itu di sini semalam.
Beliau turut mengumumkan penurunan harga tepung yang diperkaya sebanyak 12 sen sekilogram berkuat kuasa sejak Ogos lepas.
"Penurunan itu adalah inisiatif industri pengeluar tepung itu sendiri bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan syarikat pengeluar makanan menurunkan harga mereka," katanya.
Terdahulu, Shahrir turut menghadiri majlis pengumuman penurunan harga susu tepung jenama Nugrow sebanyak 15 peratus berkuat kuasa 1 November ini.
Sementara itu, Shahrir berkata pemberian rebat tunai bahan api yang dinikmati pemilik kenderaan ketika ini akan dikaji semula April depan berikutan banyak maklum balas negatif yang diterima daripada pengguna.
"Saya terima banyak maklum balas pengguna yang tak suka sistem rebet, jadi ia akan dikaji semula untuk mencari mekanisme terbaik pengagihan subsidi minyak kepada pengguna kenderaan," katanya.
Subsidi tunai RM625 diberi kepada pemilik kenderaan sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip sehingga 2,500cc; dan RM150 kepada pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc yang memperharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dari tarikh 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Dalam pada itu, beliau berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP) negara yang mengukur kadar inflasi mencatat penurunan ke paras 8.2 peratus pada September lepas berbanding 8.5 peratus pada bulan sebelumnya.
Penurunan itu berikutan penurunan harga minyak yang diumum kerajaan barubaru ini.
"Saya percaya trend ini akan berterusan yang menandakan pada bulanbulan akan datang inflasi atau kenaikan harga barang tidak akan menjadi masalah kepada negara.
"Kita akan pula menghadapi pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan negara," katanya.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/25/mstar_berita/20081025100709&sec=mstar_berita
Shah Rukh Khan terima Datuk 29 November, bukan minggu depan
Sabtu Oktober 25, 2008
KUALA LUMPUR: Shah Rukh Khan akan menerima Darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 29 November, dan bukannya Rabu ini sebagaimana yang dilapor semalam.
Seorang pegawai di pejabat Ketua Menteri berkata, majlis penganugerahan Darjah kebesaran di Seri Negeri di Melaka itu akan disiar secara langsung di televisyen pada pukul 10 pagi.
Semalam, Bernama melaporkan bintang filem Bollywood itu akan menerima anugerah berkenaan pada Rabu ini.
BERITA TERDAHULU
KUALA LUMPUR: Bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka Rabu depan bagi menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk.
Upacara penganugerahan darjah kebesaran berkenaan akan diadakan di Seri Negeri pada pukul 10 pagi dan kerajaan negeri merancang untuk menyiarkannya secara langsung melalui televisyen.
Ketika mengumumkan perkara itu di sini semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bintang filem Hindi itu akan dipujuk supaya berada di Melaka satu atau dua hari dengan harapan beliau akan melawat Menara Taming Sari, Eyes on Malaysia dan beberapa tempat menarik dan bersejarah lain di negeri itu.
Beliau mempertahankan langkah kerajaan negeri memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan walaupun ia menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak dengan memberi alasan bahawa bintang filem itu layak menerimanya kerana sumbangan besarnya kepada Melaka.
"Walaupun banyak pihak mencemuh, mengkritik dan memberi komen negatif terhadap langkah memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, tapi saya tetap percaya beliau patut dan layak diberi gelaran itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka di sini. Menurut Ali, sumbangan yang diberi oleh pelakon itu menyebabkan Melaka dikenali ramai serta dipandang hebat sedangkan kerajaan negeri tidak perlu membayar sesen pun kepadanya.
Beliau berkata seramai 100 juta orang dari seluruh dunia termasuk warga Eropah, Amerika, Asia dan Timur Tengah telah menonton filem lakonan Shah Rukh Khan yang dibuat penggambaran di Melaka dan ini membantu mempromosikan negeri itu.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/25/mstar_berita/20081024094110&sec=mstar_berita

Tarif elektrik tidak akan dikurangkan walaupun harga minyak sudah turun
Sabtu Oktober 25, 2008
TAMPIN: Tarif elektrik tidak dapat dikurangkan lagi walaupun harga minyak di pasaran antarabangsa sudah turun, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansur.
Katanya penurunan harga minyak serendah AS$60 satu tong tidak ada kaitan dengan senario bekalan tenaga elektrik di negara ini memandangkan kesemua stesen janakuasa elektrik tempatan menggunakan sumber gas, arang batu, hidro atau sumber tenaga yang lain.
Stesen janakuasa elektrik negara ini menggunakan sumber gas sebanyak 60 peratus, 30 peratus arang batu dan bakinya daripada sumber tenaga lain, katanya.
"Lagi pun, tarif elektrik di negara ini masih lagi murah malah di bawah kos pengeluaran tenaga itu," katanya kepada pemberita semasa majlis hari raya kawasan Parlimen Tampin di sini hari ini.
Beliau yang juga anggota Parlimen Tampin berkata walaupun harga gas pada pasaran Malaysia masih rendah tetapi harga arang batu pada pasaran antarabangsa tidak stabil.
Oleh kerana elemen-elemen harga pada gas dan arang batu, Malaysia terpaksa menyemak harga tarif elektriknya pada setiap tahun terutama pada bulan Julai, katanya lagi.
Shaziman berkata beliau hanya boleh berjanji bahawa pada tahun ini tidak akan berlaku kenaikan tarif elektrik sehinggalah bulan Julai tahun depan.
Di bawah tarif baru bermula Julai lepas, Tenaga Nasional Berhad menetapkan tarif bagi kediaman sebanyak 21.8 sen untuk satu kilowatt jam (kWj) bagi penggunaan 200 kWj pertama sebulan manakala 34.5 sen bagi penggunaan unit seterusnya dan pelaksanaan tarif baru itu tidak menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang daripada 200 kWj sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60. BERNAMA
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/25/mstar_berita/20081025204452&sec=mstar_berita

Penurunan harga minyak dijangka tidak melebihi 15 sen
Sabtu Oktober 25, 2008
JOHOR BAHARU: Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.
"Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.
Katanya harga petrol dan diesel akan dikurangkan secara berperingkat sehingga ke paras harga yang berpatutan kepada pengguna.
Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter pada 15 Okt lalu sementara harga petrol RON92 dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.
Keputusan penurunan yang dijangka dicapai pada mesyuarat Kabinet pada 31 Okt ini, merupakan penurunan kali keempat selepas kerajaan mengumumkan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lepas. BERNAMA
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/25/mstar_berita/20081025174321&sec=mstar_berita

Razaleigh tetap tawar diri walaupun belum dapat pencalonan
Sabtu Oktober 25, 2008
GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tetap dengan pendirian menawarkan diri bertanding bagi jawatan presiden Umno walaupun belum mendapat sebarang pencalonan selepas 68 daripada 191 bahagian mengadakan persidangan perwakilan setakat ini.
Beliau tetap percaya peluang untuknya bertanding masih cerah berikutan masih terdapat kira-kira dua pertiga atau 123 bahagian Umno di seluruh negara masih belum mengadakan mesyuarat.
"Saya telah nyatakan sejak awal lagi yang saya hanya menawarkan diri bertanding pada jawatan ini dan ini bukan satu pertandingan.
"Terpulang kepada perwakilan untuk memilih sesiapa sahaja yang layak tetapi saya minta perwakilan jangan takut untuk membuat keputusan untuk memilih kerana ini akan menentukan masa depan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini, hari ini.
Setakat ini sebanyak 68 bahagian Umno telah selesai mengadakan persidangan dan kesemuanya telah mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti.
Untuk layak bertanding jawatan presiden parti memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan. BERNAMA
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/25/mstar_berita/20081025165110&sec=mstar_berita

KUALA LUMPUR Negara tidak memerlukan pilihan raya baru sebab kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang mempunyai mandat untuk terus memerintah selama lima tahun lagi.
"Kami ingin meneruskannya serta ingin terus berkhidmat hingga tamat tempohnya dan apabila berakhirnya tempoh ini, rakyat boleh menghakimi kami," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Beliau ditanya sama ada mandat baru perlu diminta daripada rakyat dalam wawancara melalui program "Bloomberg Voices" terbitan Bloomberg TV yang disiarkan secara rakaman di sini hari ini.
Najib juga diminta memberi pandangan tentang DEB.
Beliau yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.
"Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
"Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.
"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti," kata beliau "Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian," katanya dalam program 30 minit itu.
"Dan saya percaya, keperluan dan sungutan yang berasas oleh setiap anggota masyarakat Malaysia perlu diuruskan. Kami patut dilihat bersikap serius bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya.
Ditanya tentang wawasan beliau sebagai orang yang bakal menerajui negara ini, Najib berkata, beliau ingin untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan seterusnya, dengan memberi penekanan bukan saja terhadap aspek fizikal, tetapi juga untuk mewujudkan transformasi terhadap negara ini.
"Bukan saja daripada segi pertumbuhan KDNK, tapi kami juga ingin membina negara Malaysia yang lebih kukuh, yang mempunyai institusi serta nilai dan rakyat yang lebih mantap, di samping mampu memenuhi harapan rakyatnya yang lebih tinggi untuk menjadi masyarakat yang lebih progresif, matang dan canggih," katanya.
Mengenai kebebasan awam, Najib berkata kini, masyarakat menjadi semakin canggih dan prihatin terhadap kebebasan sivil, tentang kematangan demokrasi dan "kami perlu menangani perkara itu."
"Contohnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ia merupakan undang-undang pencegahan dalam usaha memerangi keganasan, mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku, tidak kira sama ada ia dalam bentuk keganasan, pergaduhan kaum atau seumpamanya," kata beliau.
"Kesimpulannya, apa jua undang-undang yang diamalkan di negara ini, ia perlu digubal berasaskan jangkaan bahawa ia akan mendapat sokongan popular, jika tidak, ia tidak akan memberi makna," kata Najib.
Mengenai usaha memperkasakan semula Umno, beliau berkata, ia merupakan suatu cabaran besar dan "saya fikir Umno sedang melakukannya. Kami perlu melalui proses menyedari sepenuhnya di mana kami berada sekarang dan apakah kegagalan teruk kami pada pilihan raya umum lepas.
"Umno perlu memiliki kesungguhan dan keinginan politik untuk membuat perubahan dari dalam. Saya berpendapat orang tidak akan menghormati kami jika kami tidak berubah, mengatasi kelemahan yang ada dan mempamerkan imej yang lebih baik.
"Saya telah berkata secara terbuka bahawa kalau kami tidak berubah, maka rakyat akan menukar kami," katanya.
Diminta mengulas tentang perpecahan yang berlaku dalam parti itu, timbalan presiden Umno itu berkata setiap kali ada pemilihan parti, pasti ada orang yang bertanding dan ini menyebabkan wujudnya perbezaan pendapat.
"Tapi, apabila selesai pertandingan, secara umumnya, anggota Umno akan kembali merapatkan barisan. Saya harap ini akan berlaku dan saya fikir ia akan berlaku," katanya.
Mengenai pembabitan beliau dalam politik, Najib berkata beliau memang meminati politik sejak muda lagi, tetapi bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, tidak mahu beliau menceburi bidang itu.
"Beliau mahu saya jadi akauntan," kata Najib sambil menambah bahawa apabila bapanya meninggal dunia semasa menyandang jawatan perdana menteri pada 1976, beliau yang ketika itu baru berusia 22 tahun, perlu membuat keputusan yang amat penting.
"Saya buat keputusan untuk terjun ke dalam kolam yang amat dalam dan mencabar ini.
"Kalau bernasib baik, saya timbul, kalau tidak, saya tenggelam. Saya perlu buat keputusan dan keputusan itulah yang telah saya buat. Saya ingin tegaskan bahawa saya melibatkan diri dalam politik setelah bapa saya meninggal dunia. Ini merupakan satu perbezaan besar," katanya.
Najib berkata setelah berada dalam kerajaan selama lebih dua dekad, beliau berpendapat bahawa sumbangan beliau dalam melakukan pembaharuan terhadap bidang pendidikan semasa menjadi Menteri Pelajaran dari 1995 hingga 1999 dan usahanya memodenkan angkatan tentera, merupakan antara sumbangan penting beliau terhadap negara.
"Saya agak gembira dengan apa yang telah saya capai setakat ini," katanya sambil menambah bahawa konsep yang menjadi pegangan beliau dalam bidang kepimpinan ialah sesuatu yang berasaskan prestasi, manakala dalam konteks kepimpinan pula, beliau ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang mampu melakukan transformasi.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/25/mstar_berita/20081024204816&sec=mstar_berita

Sheila Majid: Artis berhak diberi gelaran Datuk
Sabtu Oktober 25, 2008
Oleh WAHIDA ASRANI
PETALING JAYA: "Artis juga adalah golongan yang turut memberi sumbangan kepada tanahair dan tidak salah jika kami (artis) diberi pengiktirafan oleh pembesar dan kerajaan negeri seandainya mereka rasakan layak," - luah Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid mengenai gelaran Datuk yang dianugerahkan kepadanya sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Yang Ke-78, semalam.
Menganggap penganugerahan tersebut satu pencapaian besar sepanjang lebih 20 tahun dirinya menjadi anak seni, tutur Sheila, dia menganggap gelaran tersebut sebenarnya membuktikan golongan artis turut dihargai oleh pembesar negara, sama seperti individu daripada sektor-sektor lain.
"Kita perlu melihat perkara seperti ini dari aspek positif. Sejujurnya, saya berbesar hati kerana Sultan Pahang turut prihatin kepada golongan artis.
"Pengiktirafan ini membuatkan saya rasa pembabitan saya di dalam industri ini dihargai dan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk beri sumbangan yang lebih besar di dalam bidang hiburan," kata Sheila yang dikurniakan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang sekaligus membawa kepada gelaran Datuk.
Ditanya tentang isu gelaran Datuk kepada golongan artis yang kurang disenangi oleh banyak pihak, terutamanya berhubung penganugerahan kepada artis luar yang baru-baru ini mencetuskan topik hangat apabila bintang Bollywood, Shah Rukh Khan menerima gelaran yang sama daripada kerajaan Melaka, Sheila bagaimanapun enggan menyentuh tentang perkara itu.
Namun begitu, kata penyanyi berusia 43 tahun ini, kerajaan negeri mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan berhubung apa-apa penganugerahan, tetapi tambahnya, biarlah individu tersebut dipilih dengan sebaik mungkin.
"Bagi saya, itu adalah hak mereka untuk beri kepada sesiapapun, cuma pada pandangan peribadi saya, biarlah diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.
"Ramai juga insan-insan seni kita terutamanya dalam industri perfileman yang saya lihat juga layak diberi pengiktirafan. Ada yang sudah berpuluh-puluh tahun berada di dalam industri.
"Tetapi, apapun, itu semua biarlah ditentukan oleh kerajaan sendiri," kata ibu kepada empat orang cahaya mata ini.
Ditanya pula adakah dirinya selesa dipanggil dengan gelaran Datuk selepas ini, dalam nada ceria duta Yayasan Institut Jantung Negara ini berkata:
"Ramai yang salah anggap tentang konsep gelaran ini. Bagi saya, jika seseorang itu dikurniakan dengan sesuatu gelaran seperti Datuk, Tan Sri atau sebagainya, kita perlu menghormati gelaran itu.
"Saya tidak akan memaksa orang panggil saya 'Datuk' setiap masa, mungkin untuk mana-mana majlis rasmi dan dalam keadaan tertentu, saya tidak menolak untuk dipanggildengan gelaran tersebut sebagai tanda penghormatan kepada Sultan yang telah menganugerahkannya kepada saya," kata Sheila yang bakal melancarkan produk penjagaan kulit, hasil ideanya sendiri tidak lama lagi.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/25/mstar_berita/20081025170727&sec=mstar_berita

Ganjaran wang politik perwakilan Umno cecah RM20,000?
Ahad Oktober 26, 2008
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.
Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."
"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.
"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa," kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.
JAWATAN DITENDER
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.
Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.
Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan supaya semua jawatan tertinggi parti Umno dipertandingkan secara "tender" kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian.
Justeru, dengan sinis Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno, yang pernah menyentuh mengenai gejala politik wang dalam perhimpunan-perhimpunan agung Umno sebelum bersara berkata:
"Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah."
"Tetapi seperti disebut apabila pengundi pilihan raya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno.
"Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang," katanya.
BANYAK LAPORAN
Dr. Mahathir berkata, beliau menerima banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno.
"Demikianlah keadaan sehingga Datuk Seri Dr. Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender.
"Datuk Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas," katanya.
Sambil menambah beliau diberitahu wang banyak digunakan Dr. Mahathir menjelaskan, pada masa lalu cuma ketua-ketua Pemuda bahagian sahaja dapat.
"Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.
"Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu.
"Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat," katanya.
Kini, kata beliau, cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai.
MENAWARKAN SOKONGAN
"Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur," katanya lagi.
Malah katanya, mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.
"Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka.
"Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka," katanya.
Dr. Mahathir menambah, orang ramai sudah jelek dan muak "dengan Umno, orang UMNO dan pemimpin UMNO."
"Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat," katanya.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/26/mstar_berita/20081024182739&sec=mstar_berita

Friday, October 24, 2008
Kerajaan UMNO/BN “Gomol” Pitih KWSP RM5,000,000,000.00 “Slow-Slow” Je !!!
Kiriman: Ulit Mayang
Mungkin, kepada rakyat yang tidak tahu apa benda yang sedang dilakukan oleh Menteri Kewangan yang baru ni, hanya boleh sebut ”....huh !!!! banyaknya,,,nak buat apa tu???...”
Entah apa-apa lah Najib ni
Sementara itu rasanya ramai juga yang terperanjat, kerana dalam keadaan semua media melaporkan "Ekonomi kita tidak terjejas, Malaysia tidak berada dalam krisis kewangan "
Seperti kata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan berada di dalam keadaan sedemikian.
Mana mungkin, dalam keadaan tidak ada satu negara pun yang terselamat, samada negara maju, mahu pun lebih-lebih lagi negara membangun, negara kita dikatakan selamat .
Boleh caya ka???
Kata orang-orang tua kita, ”cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar ”, maka tidak lama selepas itu, ’terkeluar’ pulak tajuk ini " Unjuran KDNK 2009 akan disemak semula kepada menurun - Najib"
Kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selanjutnya, kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan 2009 kepada lebih rendah daripada sasaran 5.4 peratus, berikutan perkembangan luar yang kian gawat.“
Butiran semakan semula itu dan dasar respons kerajaan akan dibentangkan dalam ucapan penggulungan Bajet di Parlimen pada 4 Nov
Disebabkan krisis kewangan semasa yang turun naik, Najib berkata kerajaan perlu membetulkan andaian berkenaan dengan teliti.
Betul ke " Tiada pengaliran keluar FDI "???, Seperti kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, tidak berlaku pengaliran keluar besar-besaran pelaburan langsung asing (FDI) walaupun berlaku krisis kewangan global?
Kalau lah benar kukuh, selamat dan tidak meleset, kenapa perlunya kepada " Dana tambahan RM 5, 000,000,000.00 untuk melabur dalam saham terkurang nilai " ???
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion dan melabur di dalam saham terkurang nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.
Adakah benar " Dana tambahan sebanyak RM 5,000,000,000.00 untuk Valuecap cukup "???
Kena cakap betul-betul, kalau tak cukup bagi tahu lah !!!
Duit Petronas tu masih banyak lagi !!!
Bila lagi nak guna dan pakai kan !!!
Jangan lah malu-malu pulak,,,, ambik je
Akhirnya, oleh kerana sudah tidak dapat ditutup lagi, pasaran saham dah jatuh merudum, payah nak bangun dah, so, cerita sebenar terpaksa lah dimaklumkan juga, kata orang, sebelum ditanya baik diberitahu, iaitu " Tambahan dana Valuecap sebenarnya adalah pinjaman dari duit KWSP "
Saja nak tanya, duit siapa kat dalam KWSP tu???
Ulasan
Tidak lah diketahui, samada ekonomi negara kita meleset atau tidak kini, sehinggakan perlu kepada umno/bn berbelanja sebanyak RM 5,000,000,000.00?
Walau apa pun namanya, samada pinjaman, sumbangan, sedekah, ’bail out’, suntikan modal dan sebagainya, begitu lah mudahnya kerajaan umno/bn berbelanja, yang mungkin tujuan yang diberitahu kepada rakyat ialah untuk melabur dalam kaunter yang ’terkurang nilai’, tetapi yang lebih utama ialah siapakah pemilik persendirian sebenar bagi kaunter-kaunter ini?
Ada siapa yang boleh kemukakan maklumat yang paling sahih, tolong hantar ye !!!!
Apa yang rakyat terbanyak boleh lakukkan?
Apa yang boleh kakitangan kerajaan dan swasta boleh lakukan, bilamana simpanan mereka digunakan dengan penuh ’berhemah’ oleh kerajaan umno/bn?
Nota
Nampaknya, teknik Menteri Kewangan baru ni serupa dan sama macam kaedah Mahathir yang perlingkup semua duit GLC- Petronas, KWSP, TABUNG HAJI, TNB, TELEKOM, KHAZANAH dan lain - lain
Mungkin adakah benar kata orang akhir - akhir ini, Mahathir adalah disebalik semua ini????
- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)
24.10.2008
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_ulit_mayang129.html
Husam persoal tindakan paksa KWSP selamatkan saham
Abdul Aziz Mustafa
Wed Oct 22, 08 4:47:02 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan kerajaan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur sehingga RM5 bilion untuk menyelamatkan saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.
"Apa istimewanya syarikat tersenarai di pasaran saham yang diumpankan ?hantaran? sebesar itu? Tak kena gaya, RM5 bilion hilang sekelip mata bila dicampakkan ke lubuk pasaran saham yang belum terhenti merudum," kata beliau.
Beliau menyifatkan langkah tersebut menunjukkan kerajaan tidak bersifat saksama dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat.
"Langkah memperuntukkan RM5 bilion untuk pasaran saham, tetapi sepi dalam langkah-langkah meringankan beban rakyat dan merancakkan ekonomi, adalah langkah berat sebelah," kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.
Jumlah RM5 bilion itu bukanlah jumlah yang kecil, katanya, malah lebih besar dari RM4 bilion yang pernah dijimatkan oleh kerajaan dengan menaikkan harga petrol dan diesel yang telah menyulitkan kehidupan rakyat satu masa dulu.
Tindakan kerajaan "mengutip" sehingga RM4 bilion dari poket rakyat itu menyebabkan mereka menderita, katanya.
Husam seterusnya mempersoalkan mengapa wang sebesar RM5 bilion itu tidak boleh diperuntukkan bagi merancakkan ekonomi negara seperti langkah "pump priming" atau insentif fiskal yang lain.
"Dua isu besar yang dihadapi oleh rakyat ialah kos hidup yang amat membebankan dan kedua, ekonomi yang lembab termasuk kejatuhan harga komoditi utama.
"Langkah-langkah mudah dan segera boleh dilakukan kerajaan untuk menurunkan kos hidup dan belanjanya tidak sebesar yang diperuntukkan untuk melonjakkan pasaran saham yang ternganga luas," katanya.
Antara langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan untuk meringankan bebaban rakyat, katanya lagi, ialah menurunkan semula tariff elektrik selari dengan penurunan harga minyak kerana asas yang digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan tariff elektrik dulu ialah kenaikan harga minyak.
"Bila minyak sudah turun, tariff elektrik kekal tinggi, mengapa?" soal beliau.
Kerajaan juga, katanya, boleh menurunkan harga gas memasak seperti dicadangkan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).
Harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu dan belum diturunkan, kata Husam.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion dan melabur di dalam saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, kerajaan berharap suntikan dana itu akan memberikan sokongan yang sangat diperlukan oleh saham-saham utama atau blue-chip yang kini tertinggal ke belakang di bursa-bursa tempatan._
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17491&Itemid=1

Belanjawan mesti di semak kerana Scorpene dan Eurocopter
Abdul Aziz Mustafa
Thu Oct 23, 08 7:31:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Hrkh) - Belanjawan negara yang dibentangkan 30 Ogos lalu perlu disemak semula oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama berhubung pembelian kapal selam Scorpene, kos pembelian Eurocopter yang sama-samar dan begitu mahal, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kos pembelian Eurocopter RM0.387 bilion lebih tinggi dari dari peruntukan asal RM1.93 bilion oleh kerajaan Malaysia.
Ketua Umum Keadilan itu juga menempelak agihan kekayaan negara yang banyak dimonopoli oleh kroni-kroni yang rapat dengan kepimpinan negara.
Beliau melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan kerajaan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan dana sebesar RM5 bilion yang akan dibahagi-bahagikan kepada syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai penyelamat kepada beberapa syarikat pelaburan yang lemas dalam kesulitan malah di peringkat nyawa-nyawa ikan.
Anwar mengupas secara terperinci dan menyeluruh tentang kepincangan dan defisit belanjawan negara yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan sebelum ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut beliau, banyak kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan.
Soal-soal kesihatan, pelajaran dan pendidikan, pembaziran kewangan, pertahanan negara, moral dan beberapa lagi isu berbangkit.
Anwar juga menumpukan tegurannya terhadap amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi terutama di kalangan para pemimpin negara ini.
Sidang media yang diadakan di Parlimen itu turut di sertai bersama oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar._
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17522&Itemid=1

Bersihkan nama isteri TPM dengan dakwa Raja Petra? - Mohamad Sabu
Basiron dan Wan Nordin
Sat Jun 28, 08 1:24:41 pm MYT
KUALA LUMPUR 28 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa pihak berkuasa mendakwa pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin kerana membuat tuduhan yang serius terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata, tuduhan Raja Petra dalam akuan bersumpahnya terhadap kes pembunuhan Altantuyaa Shaariibuu itu sesuatu yang amat serius dan memburukkan nama TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri.
"Dakwaan itu sangat serius, kerajaan perlu segera mendakwa Raja Petra bagi membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan isterinya daripada dakwaan terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya," ujarnya ketika berceramah bersempena Program Pelancaran dana Kebajikan Muslimat dekat Temerloh malam tadi.
Pada 25 Jun lalu, Najib telah menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah Raja Petra berhubung pembabitannya dan isteri, Rosmah Mansor dalam pembunuhan warga Mongolia itu.
Najib ketika mengadakan sidang medianya di Parlimen menafikan bahawa isterinya itu terbabit dalam pembunuhan Altantuya
Begitupun ujar Najib, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah Raja Petra itu.
Najib mendakwa apa yang ditulis oleh Raja Petra adalah satu pembohongan semata-mata sambil menyifatkan ia sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.
Sebelum ini, pengendali laman web Malaysia-today.net itu dalam akuan bersumpahnya pada 18 Jun lalu, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.
Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sehari sebelum penafian Najib itu, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pula membuat kenyataan menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
"Memang saya concern (dengan dakwaan penulis Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.
"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.
"Itu tak betul," katanya Abdullah dalam satu sidang medianya di Parlimen 24 Jun lalu.
Sementara itu Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, polis telah merakamkan kenyataannya berhubung dakwaan terbaru Raja Petra itu.
Menurut Khairy, beliau telah memberitahu polis bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang laporan perisikan tentera dari perdana menteri atau mana-mana pihak.
Dalam akuan berkanunnya, Raja Petra mendakwa laporan tersebut telah diserahkan kepada Khairy untuk disimpan dengan selamat.
Khairy berkata, beliau juga telah memberitahu polis bahawa akuan berkanun itu, kandungannya dan tuduhan terhadap beliau, dibuat dengan niat yang jahat.
Beliau yang juga ahli Parlimen Rembau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen 25 Jun lalu.
Khairy berkata, beliau memberi kenyataan tersebut selama kira-kira sejam di Putrajaya.
Katanya, beliau akan berbincang dengan peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis sensasi dan pengendali blog Malaysia Today.
Khairy berkata, beliau tidak tahu apakah motif Raja Petra tetapi menegaskan bahawa dakwaan itu dibuat berasaskan sumber-sumber dan khabar angin.
Katanya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ia telah mencemarkan kredibiliti beliau./wann _
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15446&Itemid=1

Peguam, Penahanan Raja Petra Berniat Jahat
23 October 2008
SHAH ALAM - Seorang peguam yang mewakili tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Raja Petra Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini perintah penahanan anak guamnya di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri adalah berniat jahat. Azhar Azizan Harun berkata terdapat andaian ketara bahawa penahanan itu bukan didorong oleh keprihatinan tentang keselamatan negara tetapi hasrat untuk menyenyapkan pengkritik lantang dan berpengaruh terhadap kerajaan serta parti-parti politik dan individu dalam kerajaan. "Pemohon pada ketika tertentu mengkritik antara lain, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan responden (Menteri Dalam Negeri). Ini menjejas kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana dapat dilihat pada anjakan sokongan pengundi," kata beliau.
Beliau juga berkata Raja Petra tidak pernah diberitahu tentang sebab penangkapan atau penahanannya kecuali satu dokumen yang beliau diminta tandatangani di balai polis Jalan Travers pada 12 Sept, yang hanya menyatakan beliau telah menghina Islam dan beliau merupakan ancaman kepada keselamatan negara. "Di bawah Seksyen 8(1) ISA, responden mesti berpuashati bahawa penahanannya perlu bagi menyekat tahanan dari bertindak dalam apa cara yang membahayakan keselamatan Malaysia. Oleh itu responden mesti melihat pada semua fakta dan persekitaran hingga berpendapat pemohon adalah satu ancaman kepada keselamatan negara sebelum ia berpuashati bahawa penahanan pemohon adalah perlu bagi menyekat beliau dari bertindak dalam apa cara yang membahayakan keselamatan Malaysia.
"Pemohon juga tidak bersalah dengan mana-mana jenayah; beliau didakwa dengan pelbagai kesalahan dan perbicaraan masih tergantung. Oleh kerana tidak ada tindakan yang dikatakan dilakukan pada masa depan yang boleh membahayakan keselamatan Malaysia, perintah Seksyen 8 adalah jelas pelaksanaan kuasa yang bersifat berniat jahat," kata beliau. Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili Raja Petra, berkata jika satu daripada asas penahanan kerana beliau telah dengan sengaja dan cuai menerbitkan artikel diblognya yang menghina Muslim, mengapa ia tidak didakwa dengan kesalahan menghina Islam oleh pihak berkuasa agama.
Beliau berkata tidak ada "fatwa" yang pemohon telah menghina Islam atau telah bertindak dalam cara bertentangan dengan prinsip Islam. "Soal sama ada pemohon telah menghina Islam merupakan perkara di dalam bidang kuasa eksklusif pihak berkuasa agama Selangor. Responden tidak boleh mengambil alih tugas itu. Walaupun responden mempunyai kuasa dalam hal keselamatan di bawah ISA, autoriti ini tidak memberi kuasa kepada responden menentukan isu berkaitan Islam. "Adalah perlu bagi responden mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa agama negeri atau mahkamah syariah bahawa tindakan yang diadukan itu satu penghinaan kepada Islam atau jika tidak, ia melanggar Islam sebelum ia boleh mengambil langkah di bawah ISA.
Atas alasan ini saja, penahanan itu perlu diisytiharkan tidak sah," kata beliau. Raja Petra memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya dari tahanan di bawah ISA atas alasan penahanannya adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan. Beliau menamakan menteri Datuk Seri Syed Hamid Albar, sebagai responden. Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, dan dua orang anak perempuan mereka Sarah, 19, dan Suraya, 34, dan beberapa orang penyokong kelihatan berada di mahkamah. Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad berhujah bahawa penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan adalah sah dan mengikut undang-undang. Hakim Datuk Syed Ahmad menetapkan 7 Nov untuk keputusan mengenai permohonan habeas corpus itu.
[Nampak benar bahawa Syed Hamid sebenarnya menggunakan kuasanya untuk menghumbankan Raja Petra ke Kem Kemunting. Walhal, kes yang dihadapinya berhubung dengan penghinaan Islam dan Nabi Muhammad entah ke mana. Ternyata mereka sebenarnya mahu menyekat Raja Petra daripada terus membongkarkan penglibatan Najib dan Rosmah dalam hal berkaitan kes Altantunya. Tambahan pula sebelum itu Raja Petra telah membuat akuan sumpah yang cukup menggusarkan TPM itu. Maka itulah, jalan terbaik bagi menutup mulutnya itu akhirnya beliau tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Apa yang aneh kejadian menghina Islam dan Nabi bila dilakukan oleh orang lain, tidak pula disumbat ISA seperti Ayah Pin, Rosnah Mat Aris, Rasul Melayu serta ramai lagi].
at 8:31 AM
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/cyberita-ulasan-rangkuman-berita_2374.html

19 NGO hantar surat bantahan pada Utusan
Muda Mohd Noor Oct 24, 08 3:03pm
Sembilan belas badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar surat bantahan kepada bahagian pengarang akhbar Utusan Malaysia sebagai membantah tindakan akhbar itu menyiarkan sebuah cerpen yang didakwa menggalak keganasan.
Memorandum tersebut diserahkan oleh pengurus program kanan Sister in Islam, Maria Chin Abdullah.
Menurut Maria, ia diterima oleh seorang pengarang Utusan Malaysia kira-kira jam 11.20 pagi di ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin di ibu negara.
Bagaimanapun, kata Maria, pengarang tersebut enggan memperkenalkan dirinya, sebaliknya berkata, surat tersebut akan dibincangkan dalam bahagian pengarang Utusan Malaysia.
Kira-kira 20 anggota polis termasuk unit simpanan persekutuan (FRU) berada di situ untuk mengawal keadaan.
Bercakap kepada wartawan selepas menyerahkan surat tersebut, Maria menyifatkan kewartawanan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan mendakwa ia berunsur menghasut dengan membangkitkan emosi politik semasa.
"Cerita berniat jahat menggalakkan keganasan yang tidak masuk akal mesti dikutuk oleh semua orang.
"Kami terkejut apabila Utusan Malaysia mengizinkan menerbitkan cerita sedemikian dan lebih terkejut apabila pengarangnya ialah CEO Institut Akhbar Malaysia," katanya.
Baru-baru ini Datuk Chamil Wariya menulis sebuah cerpen - Politik Baru YB J - dan disiarkan di dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober.
Tindakan susulan
Dalam surat tersebut, kesemua NGO terbabit meminta Utusan Malaysia dan pengarangnya meminta maaf kepada orang awam berhubung penyiaran artikel tersebut.
Maria berkata, Utusan Malaysia harus lebih bertanggungiawab dan profesional dan penulis cerpen itu boleh berkhidmat di pusat perkhidmatan wakil rakyat untuk memulihkan hubungan yang telah tercemar itu.
Maria juga berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi menentukan tindakan susulan jika akhbar tersebut tidak memohon maaf.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh sehingga bila akhbar tersebut perlu berbuat demikian.
Isnin lalu, Chamil memberitahu Malaysiakini bahawa cerpen 'Politik Baru YB J', yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita, tidak kena-mengena dengan ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.
Beliau dilaporkan berkata, cerpen tersebut hanya rekaan semata-mata dan watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati.
Sebaliknya, kata Chamil, ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif – tidak lebih tidak kurang daripada itu.
Chamil juga menolak dakwaan bahawa cerpen awalnya itu "menganjurkan kekerasan dan bermain dengan api" kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik.
http://www1.malaysiakini.com/news/91869
Lim: Penjelasan Chamil tidak boleh diterima...
Jimadie Shah Othman Oct 24, 08 3:46pm
Penjelasan penulis cerpen 'Politik Baru YB J', Datuk Chamil Wariya tidak boleh diterima kerana terdapat sekurang-kurang lima persamaan antara ahli Parlimen Teresa Kok dengan watak wakil rakyat Josephine dalam cerpen tersebut, kata pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang.
Isnin lalu, Chamil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Insitut Akhbar Malaysia (MPI) menjelaskan bahawa cerpen beliau dalam Utusan Malaysia awal minggu lalu itu adalah "rekaan dan tidak ada kena mengena dengan Teresa".
Bercakap dalam sebuah forum khas yang membincangkan cerpen kontoversi itu, Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, menyifatkan menyifatkan karya tersebut sebagai "kewartawanan yang mencetuskan kebencian".
"Ini kali pertama, (ada) contoh serius kewartawanan yang mencetuskan kebencian. Kebebasan media tidak boleh menjadi kewartawanan yang mencetuskan kebencian," katanya dalam sebuah forum tentang kebebasan media anjuran parti itu di ibukota malam tadi.
Pandangan yang hampir sama turut disokong seorang lagi ahli panel, penulis blog terkenal Haris Ibrahim.
"Daripada semakan segera saya, terdapat sekurang-kurangnya lima persamaan dengan Teresa," katanya.
Menurut beliau, kebebasan media mestilah tidak menggunakan "bahasa kebencian" kepada orang lain.
Dalam kes Teresa itu, tambahnya, wakil rakyat itu mestilah diberikan hak menjawab di penerbitan yang sama atau penerbitan lain yang mencapai pembacanya.
Katanya, walaupun terdapat media lain di Internet yang memberi ruang kepada Teresa, namun "ia tidak sampai pembaca Utusan Malaysia".
Jangan rosak reputasi
Ketua Editor Roket - akhbar rasmi DAP - Wan Hamidi Hamid pula berkata, pertikaian dalam kes "rumit" itu pada babak akhirnya sahaja.
"Jika pengakhirannya tiada kena mengena dengan pembunuhan, saya sendiri akan cadangkan Teresa jangan saman beliau (Chamil)," jelasnya.
"Di seluruh dunia, kebebasan akhbar tidak bermakna hak untuk memasukkan kebencian dan keganasan," tambahnya.
Babak akhir 'Politik baru YB J' memuatkan babak seorang anak muda membunuh wakil rakyat Alam Maya, Josephine.
Wan Hamidi yang berpengalaman 20 tahun berkhidmat di akhbar arus perdana, menolak tanggapan bahawa tidak adil menyalahkan Utusan Malaysia kerana akhbar organ pembangkang seperti Roket dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan juga membuat tuduhan tidak berasas.
"Kamu tidak boleh bandingkan epal dan oren. Akhbar-akhbar dikeluarkan dua kali seminggu dan untuk ahli sahaja; atau kerajaan patut bagi lesen supaya kita boleh jadikannya sebuah akhbar arus perdana," katanya.
Teresa yang turut menjadi ahli panel dalam forum kira-kira dua jam itu berkata, media tidak patut menyiarkan sesuatu yang boleh merosakkan reputasi seseorang.
"Mereka mungkin terlepas pandang sesuatu. Tetapi mereka mesti mengesahkannya.
"Itu patut berlaku. Sebab kita boleh lihat kadang-kadang permintaan maaf dibuat. Itu tanggungjawab," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Azmi Sharom turut menjadi ahli panel dalam program anjuran DAP itu.
http://www1.malaysiakini.com/news/91871

Terseksa dek rakan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Hidup seorang pelajar perempuan kini terseksa angkara perbuatan seorang lelaki yang memasukkan deretan gambarnya ke laman sembang Internet, kononnya mangsa menawarkan seks percuma kepada lelaki kesunyian.
Perbuatan memalukan itu tidak sekadar menjatuhkan maruah gadis terbabit yang menuntut di sebuah kolej perubatan, malah menyebabkan telefon bimbitnya dihujani panggilan ratusan lelaki yang kemaruk untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripadanya sejak awal Oktober lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sha, 26, berkata gangguan seksual yang tidak henti diterimanya itu menyebabkan dia terpaksa menukar nombor telefon bimbitnya lebih enam kali dalam tempoh beberapa minggu.
Mangsa berkata, perbuatan memalukan itu dipercayai didalangi bekas rakan sekolahnya semata-mata kerana kecewa cintanya ditolak empat tahun lalu.
“Saya dan lelaki terbabit sebelum ini pernah berkawan, namun permintaannya untuk menjalin hubungan cinta terpaksa ditolak atas alasan peribadi.
“Saya tidak sangka dia tidak boleh menerima hakikat itu sehingga sanggup mengganggu saya sejak empat tahun lalu,” kata mangsa yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan.
Menurutnya, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ragee, 27, tidak pernah berhenti mengganggunya termasuk menghantar pelbagai SMS ugutan.
“Pelbagai ugutan itu menyebabkan saya hidup dalam ketakutan sehingga terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada Disember tahun lalu.
“Terbaru, lelaki terbabit mencuri gambar saya di laman Friendster sebelum memindahkannya ke akaun baru atas nama saya.
“Perkara itu disedari seorang rakan saya yang terkejut apabila wajah saya terpampang di laman web itu dengan diselitkan pelbagai perkataan berunsur lucah,” katanya.
Menurutnya, dia yang melayari laman web itu terkejut apabila beberapa gambarnya sedang beraksi dan memakai sari disebarkan bersama nama dan nombor telefon bimbitnya.
“Lebih memalukan apabila terselit perkataan lucah kononnya saya mencari lelaki yang mahu melakukan hubungan seks. Saya digambarkan sebagai gadis gersang yang sedia menerima mana-mana lelaki yang mahu berasmara,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/24102008