Wednesday, November 5, 2008

Puppet Doll tempah maut


ALOR STAR: “Golongan ini berisiko tinggi mencecah 95 peratus menghadapi penyakit Aids (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit),” kata Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby, ketika mengulas mengenai tindakan segelintir pemuda dikenali sebagai ‘Puppet Doll’ yang menyediakan layanan khas kepada golongan mak nyah.

Beliau berkata, umum sudah tahu hubungan seks rambang mempunyai risiko menyebabkan mereka dijangkiti penyakit ini apatah lagi hubungan songsang sebegini.

“Semua ini kerja gila. Penyakit ini bukannya kenal usia dan ia sememangnya akan membawa maut kerana masih belum ada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Dr Ismail, kebanyakan mak nyah yang menyediakan perkhidmatan seks songsang kepada kaki homoseksual menyebabkan mereka berkemungkinan tinggi menjadi pembawa penyakit berkenaan.


Beliau berkata, malah, boleh dikatakan setiap hari golongan ini bertukar pasangan menjadikan mereka mungkin menghidap HIV manakala, puppet doll yang melayan mereka pula seolah-olah sengaja menempah maut.


Katanya, kerakusan golongan mak nyah ketika melakukan hubungan songsang bersama pasangan turut menyebabkan kedua-dua individu terbabit mudah dijangkiti.

“Unsur ekstrim memang sinonim dengan golongan ini, malah ada antara mereka yang akan mencederakan pasangan bagi memuaskan nafsu ala binatang itu.

“Kecederaan yang berlaku akan mendedahkan mereka kepada virus dan saya menasihatkan mereka supaya menghentikan kerja gila ini yang berlawanan dengan norma kemanusiaan,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan mengenai kisah seorang pelajar yang digelar ‘Puppet Doll’ atau ‘shuban’ oleh pengamal hubungan homoseksual atau lebih dikenali sebagai mak nyah.

Difahamkan, puppet doll bermaksud budak patung dan golongan terbabit akan menjadi pengiring kepada ‘mak nyah’ menemani mereka sepanjang malam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081105093203/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...