KUANTAN: Empat beranak di Kampung Sepat, di sini, bukan saja hidup dalam kedaifan, malah kediaman Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami tidak dilengkapi sistem pembetungan najis menyebabkan mereka terpaksa menggali lubang di belakang rumah untuk membuang air kecil atau besar.
Lebih memburukkan keadaan, kediaman dibina kerajaan negeri untuk rakyat miskin itu turut tidak dilengkapi sistem paip untuk menyalurkan bekalan air bersih.
Ketua keluarga berkenaan, Abdullah Salleh, 55, berkata keadaan serba kekurangan itu terpaksa dilalui mereka sekeluarga sejak mendiami rumah itu tiga tahun lalu.
“Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa menggali perigi bagi mendapatkan sumber air untuk kegunaan harian seperti memasak, mandi dan membasuh pakaian.
Menurutnya, dia hanya menyara keluarga dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan hasil bekerja sebagai tukang sapu di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Hijrah, dekat Penor manakala isteri, Samsiah Ismail, 33, tidak bekerja menyebabkan mereka tidak mampu membina sistem pembetungan sendiri.
“Saya hairan mengapa kediaman PPRT yang dibina tidak dilengkapi sistem pembetungan najis.
“Walaupun, pemaju membina bilik air dan tandas yang dilengkapi mangkuk tandas tetapi apa gunanya jika tidak ada salur kumbahan dan paip,” katanya.
No comments:
Post a Comment