Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan Melaka, Chua Keng Hua, berkata daripada jumlah itu tiga pelatih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 10 pelatih lagi di wad pengasingan dengan gejala jangkitan saluran pernafasan.
“Semua kes (pesakit) menunjukkan gejala utama iaitu demam disertai dengan satu atau lebih tanda seperti sakit kepala, sakit sendi, keletihan, batuk, loya, kejang perut dan menggigil,” katanya pada sidang media, semalam.
Menurut Chua, seorang pelatih, Mohd Hafiz Zainudin, 24, dari Kelantan, meninggal dunia dipercayai akibat meningitis ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka dan bukan meninggal dunia di hospital itu seperti dilaporkan media kelmarin.
Sebelum kejadian berkenaan, 100 pelatih akademi itu menjalani latihan di luarakademi dalam tiga kumpulan iaitu di Pedas, Negeri Sembilan, Muar, Johor dan Bukit Katil, Melaka selama tiga hari bermula 27 April lalu.
Chua berkata, sampel darah, air kencing, calitan tekak semua pelatih dihantar ke makmal Hospital Melaka dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk siasatan lanjut dan keputusannya diharap dapat diketahui dalam tempoh terdekat.
Katanya, 85 pelatih lagi masih dikuarantin di akademi untuk pemantauan.
“Punca kejadian kes ini masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka,” katanya.
Menurut Chua, Jabatan Kesihatan Melaka mengesan kes itu pada Khamis lalu apabila sembilan pelatih akademi itu datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan demam dan simptom lain.

No comments:
Post a Comment