EATTLE - Amerika Syarikat (AS) mencatat kematian ketiga wabak influenza A H1N1 dengan kes disahkan di barat laut negeri Washington, kata beberapa pegawai kelmarin.
Pegawai-pegawai kesihatan negeri berkata, seorang lelaki berusia 30-an dengan masalah jantung meninggal dunia minggu lalu akibat komplikasi virus H1N1.
"Kematian itu merupakan satu kematian tragis. Ia sebagai peringatan bahawa jangkitan influenza ini adalah serius dan boleh membawa maut," kata Gabenor Washington, Chris Gregoire.
Media tempatan melaporkan lelaki itu meninggal dunia pada 6 Mei lepas selepas menunjukkan simptom selesema pada minggu sebelumnya.
Dia didapati menghidap radang paru-paru ketika kematiannya tetapi kini disahkan dijangkiti influenza A H1N1.
Kematian lelaki itu juga merupakan yang pertama akibat virus H1N1 di luar negeri Texas.
Sebelum ini, virus maut itu meragut nyawa seorang wanita Texas berusia 33 tahun dan seorang bayi warga Mexico yang dirawat di sebuah hospital di negeri itu.
Berdasarkan maklumat pihak berkuasa, AS setakat ini melaporkan 2,254 kes disahkan influenza A H1N1 dan 722 kes disyaki di 44 negeri dengan 104 orang dirawat di hospital. - AFP
No comments:
Post a Comment