Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata daripada jumlah itu, dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mereka dijangka dibenarkan keluar daripada ICU hari ini dan baki 44 lagi di Wad Isolasi HM.
“Jumlah 44 orang yang diletakkan di wad isolasi terdiri 39 pelatih, seorang jurulatih, seorang wanita kontak kepada pelatih, dua pelatih juru X-ray dan seorang pelatih jururawat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, pasukan perubatan diletakkan sepenuh masa di akademi berkenaan untuk mengawasi sejumlah 81 pelatih.
“Semua pelatih dan kontak mereka yang dirawat dimaklumkan sedang pulih dan seperti dimaklumkan sebelum ini, langkah pencegahan dan kawalan ini akan diteruskan sehingga semua kes pulih sepenuhnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment