2010/06/13
JOHOR BAHRU: Usianya baru 13 tahun, tapi seorang remaja perempuan di sini boleh digelar ‘kaki lari rumah’ kerana 10 kali menghilangkan diri sejak awal tahun ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan keluarga.
RISAU...Jamila menunjukkan beberapa salinan laporan polis.
NUR FATIHAH... dicari
Ibu remaja berkenaan, Jamilah Salleh, 45, berkata demi keselamatan dan masa depan anak keempat daripada lima beradik itu, dia tidak pernah berputus asa untuk mengesan anaknya, termasuk membuat laporan polis.
Menurutnya, kekerapan keluarganya membuat laporan menyebabkan hampir semua anggota polis yang bertugas di sesebuah balai polis tahu masalah anak gadisnya dan hasrat mereka datang ke situ.
“Kami tiada pilihan lain, walaupun ada anggota polis sudah lali mendengar masalah anak kami hingga kadangkala menolak laporan, sebaliknya menasihati kami menunggu hingga anak pulang dengan sendiri.
“Namun sebagai ibu, saya tidak mungkin melepaskan tanggung jawab mencari Fatihah biarpun biasanya dia ditemui kembali dalam keadaan selamat beberapa hari selepas melarikan diri,” katanya yang datang ke pejabat Metro Ahad, baru-baru ini.
Keluarga berkenaan pernah membuat laporan polis sembilan kali termasuk di Kempas, Skudai dan terbaru di Balai Polis Tampoi pada 18 Mei lalu.
Jamilah berkata, kali ini lebih serius kerana lebih tiga minggu dia tidak kembali.
Menurutnya, keluarganya bimbang keselamatan Fatihah, lebih-lebih lagi menyedari dia berkawan dengan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga penagih dadah.
“Kejadian berlaku pada 18 Mei lalu apabila Fatihah meminta kebenaran untuk ke kediaman rakan sekolahnya dan mengatakan akan pulang sebelum Maghrib.
“Namun, kelibatnya langsung tidak kelihatan. Kami percaya Fatihah dihasut teman lelakinya dengan mengatakan dia tiada masa depan jika mendengar nasihat keluarga.
“Fikiran anak saya bercelaru hingga sanggup lari dari rumah selepas terpengaruh dengan hasutan lelaki itu yang dipercayai dikenali di sebuah pusat beli-belah,” katanya.
Jamilah berkata, keluarganya berharap Fatihah dipulangkan secepat mungkin.
“Fatihah anak kami dan kami tidak pernah benci atau mendoakan perkara buruk terhadapnya,” katanya.
Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Jamilah di talian 010- 8814297 atau 07-2386525.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10kalilaridarirumah/myMA/myArticle
No comments:
Post a Comment