hadzlan@hmetro.com.my
2010/06/14
KUALA TERENGGANU: Hanya kerana cemburu apabila bekas isteri berkahwin semula dengan lelaki yang jauh lebih tua daripada dirinya, seorang lelaki bukan saja membawa bersama abang, malah kira-kira 17 lagi lelaki lain untuk membelasah suami baru wanita itu.
Pasangan berkenaan diserang ketika sedang berehat di kawasan Pantai Kemasik dekat Kemaman, menyebabkan suami baru wanita terbabit cedera dibahu serta dada dan dua anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera.Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, serangan dipercayai bermotifkan cemburu dan siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca akibat perasaan tidak puas hati seorang lelaki berusia 40 tahun apabila jandanya berusia 30 tahun itu berkahwin dengan lelaki berusia 49 tahun.
“Itu saja yang dapat saya katakan kerana kami tidak tahu bila wanita itu bercerai dengan bekas suaminya dan bila pula dia berkahwin, namun yang pasti dia sudah bercerai sebelum berkahwin kali kedua,” katanya.
Beliau berkata, serangan berkenaan bukan hanya menyebabkan suami wanita terbabit cedera, malah dua anggota polis turut menerima nasib sama akibat dilibas dengan kayu ketika meleraikan pergaduhan kumpulan itu.
Kejadian dipercayai bermula ketika kedua-dua anggota dari Balai Polis Air Jernih, Kemaman itu terserempak dengan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu membuat kecoh dan mereka cuba meleraikannya selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
“Anggota polis terbabit berhenti rehat di gerai dekat pantai Kemasik selepas selesai menjalankan rondaan dan terserempak dengan kumpulan itu sebelum cuba campur tangan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sebaik menghampiri dan memperkenalkan diri, seorang daripada anggota berkenaan dipukul di kaki manakala seorang lagi di lengan.
Manoharan berkata, kumpulan berkenaan kemudian melarikan diri sebelum kedua-dua anggota polis dan pasangan itu membuat laporan di Balai Polis Air Jernih.

“Kedua-dua mereka dihantar ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar kerana luka dan lebam manakala suami wanita yang diserang itu turut mengalami kecederaan di bahu dan dada.
“Kami sudah mencari dua beradik berkenaan di kediaman masing-masing sekitar Kemaman bagi membantu siasatan, namun mereka gagal dikesan setakat ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit menghubungi pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

No comments:
Post a Comment