2010/09/09
KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya merayu semua pihak tidak menyebarkan cerita karut, termasuk dakwaan penemuan mayatnya bersama tiga lagi individu yang dilaporkan hilang ketika terbabit dalam urus niaga tanah di Banting sejak 10 hari lalu.Adik lelakinya, Masturi, 42, meminta semua pihak peka terhadap sensitiviti ahli keluarga empat mangsa yang masih dirundung kesedihan, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri.
“Ini semua cerita karut yang perlu dihentikan segera kerana ia bukan saja mengganggu siasatan polis, malah emosi kami turut terganggu, terutama anak mangsa. Kita tidak boleh main-main cerita hidup mati ini dan saya harap orang ramai peka perasaan kami,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Beliau kini menetap sementara di banglo milik Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak di sini bagi menjaga anak saudaranya, berkata mereka sekeluarga optimis dan yakin pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu masih hidup.
“Walaupun belum ada perkembangan, kami yakin mereka masih hidup. Malah, kami sekeluarga tidak henti-henti berdoa agar mereka dilindungi sentiasa. “Kami tidak percaya khabar angin mengatakan Wati sudah mati. Percayalah... dia masih hidup dan selamat... cuma tidak tahu berada di mana . Kami berharap dia akan pulang ke pangkuan keluarga untuk meraikan Aidilfitri kerana anak-anaknya amat memerlukannya,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan Aidilfitri, Masturi berkata, anak Sosilawati berkemungkinan besar tidak pulang ke kampung mereka di Seri Medan, Batu Pahat, sebaliknya beraya di Gombak jika ibu mereka belum ditemui.
“Tumpuan kami sekarang bukan fasal raya, sebaliknya usaha mencari Wati. Kami amat bimbangkan keadaannya, malah kami sudah keletihan kerana tidak henti-henti mencarinya di serata tempat. Malah, pelbagai ikhtiar sudah dilakukan untuk mengesannya,” katanya.

No comments:
Post a Comment