2010/09/09
KUALA LUMPUR: Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu sejak 30 Ogos lalu, turut memberi kesan kepada pengusaha produk kecantikan bertaraf jutawan bagi meningkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka.Pengasas RZAC Cosmetic yang mempunyai rangkaian produk kecantikan, spa, butik dan produk minuman kesihatan, Datuk Kamaliah Abdul Halim, berkata pihaknya kini lebih mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.
“Kita pun bimbang dan risau bila jadi macam ini. Tak berani pergi bank melainkan terdesak atau berjalan seorang diri mesti ditemani keluarga. Sekarang macam-macam boleh jadi, tambahan pula bila terbabit dalam perniagaan yang banyak persaingan, dengan rakan dan kakitangan kita pun tidak boleh percaya sangat.
“Saya sendiri pernah alami, ramai yang kacau, hantar SMS pun banyak minta kita beli hartanah mereka dan macam-macam lagi. Kita tak layan tapi setakat ini tak pernah terima ugutan,” katanya semalam.
Kamaliah yang terkejut dengan kehilangan Sosilawati, berkata beliau mengenalinya sejak 12 tahun lalu dan menyifatkannya sebagai rakan perniagaan yang baik.
“Kenal sudah lama sejak jadi stokis, tapi tidak berapa rapat. Tidak tahulah kenapa boleh jadi macam ini dan saya harap dia ditemui selamat dengan segera,” katanya yang membina empayar produknya di Pulau Pinang dan kini meluaskan pasaran hingga ke Indonesia.

No comments:
Post a Comment