Tuesday, October 19, 2010

Anwar: Mengapa lantik 1MDB yang belum teruji?

Okt 18, 10 5:55pm

Kerajaan mengambil risiko besar yang membabitkan keselamatan dan kewangan negara, dengan melantik syarikat 1Malaysia Pembangunan Berhad (1MDB) untuk mengendalikan projek pembangunan yang bernilai berbilion ringgit, kata Ktua Pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim.

Katanya, tidak ada bukti untuk menunjukkan yang IMDB baru berusia tidak sampai setahun, mampu projek besar seperti Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) yang bernilai RM26 bilion.

Anwar mengingatkan Dewan Rakyat bahawa syarikat berkenaan berkaitan dengan jutawan Low Taek jho, yang lebih dikenali sebagai jho Low, menakala latar belakang syarikat itu juga meragukan.

"Saya tidak cemburu Jho Low menghabiskan masa dengan Paris Hilton, tetapi hakikatnya, selepas menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat, 1MDB tidak mempunyai alamat perniagaan dan tidak ada juruaudit dilantik," katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, turut meragukan ialah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut hanya hanya melaporkan pada 12 Oktober, bahawa mereka mencatat keuntungan RM425 juta, hanya beberapa hari sebelum bajet dibentang.

Oleh itu, beliau mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh meluluskan syarikat berkenaan mengendalikan projek berkepentingan nasional seperti itu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...