Tuesday, October 19, 2010

JMM dakwa Malaysian Insider hina institusi diraja

Salhan k Ahmad
Okt 18, 10
5:15pm

Sekurang-kurangnya 10 orang daripada pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkumpul membantah laporan portal berita The Malaysian Insider yang didakwanya menghina institusi diraja dan menjejaskan hubungan kaum.

Sehubungan itu, mereka mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan menutup portal berita tersebut.

NONEMereka berkumpul selama kira-kira lima minit di perkarangan bangunan Wisma UOA, Bangsar yang menempatkan pejabat The Malaysian Insider.

Perhimpunan yang diketuai yang dipertua JMM, Azwandin Hamzah, turut mendesak supaya polis menahan tiga individu yang didakwa sebagai pengasas portal berita berkenaan.

Katanya, sekiranya polis boleh
menahan beliau apabila cuba mengadakan perhimpunan yang sama minggu lalu, individu berkenaan juga boleh ditahan dan disiasat.

Azwandin berkata, beliau telah membuat laporan polis berkenaan tindakan laman tersebut yang mengeluarkan berita yang didakwa menghina institusi diraja dan menjejaskan hubungan kaum.

NONEDalam perhimpunan hari ini, kumpulan itu juga turut membawa poster tertulis "Tangkap Shaik Akmal, Kalimullah, Sreedhar" yang didakwa sebagai"pengkhianat negara."

Azwandin mendakwa bahawa Shaik Akmal dan (Datuk Seri) Kalimullah Hassan merupakan pengasas kepada portal berkenaan, manakala Sreedhar (Subramaniam) merupakan seorang ahli lembaga pengarah VPI International, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan portal berkenaan.

Azwandin juga bercadang mengumpulkan sehingga 5,000 orang untuk membuat bantahan selanjutnya jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap laman berkenaan.

http://malaysiakini.com/news/145670

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...