Komponen gusar 'rakan BN' dibenar bertanding
S Pathmawathy
Nov 19, 10
10:23am
Nov 19, 10
10:23am
Cadangan supaya keahlian terus dibenarkan bagi menganggotai BN mula menimbulkan keresahan di kalangan parti-parti komponen kerana gusar 'rakan BN' yang baru diwujudkan itu akan diletakkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.
Menurut sumber BN, butiran mengenai kategori baru bagi penerimaan keahlian terus ke BN itu masih belum dibincang dan dimuktamadkan.
Ini bagaimanapun memerlukan pindaan perlembagaan BN sebelum ia boleh dikuatkuasakan.
Sumber itu berkata meskipun, perkara itu dicadangkan pada awal tahun ini, tetapi setakat ini belum ada perbincangan rasmi diadakan.
Namun, beliau percaya perkara berkenaan akan menjadi mauduk utama semasa konvensyen BN yang dijadualkan pada 28 November ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
“Terdapat banyak perkara masih samar-samar yang perlu perbincangan lanjut. Keahlian terus, kita boleh bersetuju menerima mereka. Tetapi bagaimana jika mereka (ahli BN itu) mahu bertanding?
“Jika mereka tidak setuju menyertai mana-mana parti komponen tetapi mahu bertanding pada pilihan raya sebagai calon BN, adakah ini mustahil?” soal sumber itu.
"Dan jika ahli sedemikian dibenarkan bertanding di bawah tiket BN, parti komponen BN sudah tentu akan hilang haknya untuk bertanding di kerusi-kerusi tertentu.”
Cadangan keahlian terus dibuat bagi mewujudkan platform kepada orang ramai yang bersetuju menyokong BN tetapi tidak mahu menganggotai mana-mana parti komponennya.
Pemimpin BN berharap dengan platform seumpama itu, sokongan rakyat yang tidak menyertiao parti komponen tidak akan lari kepada Pakatan Rakyat.
Persoalan juga timbul berhubung masalah logistik untuk parti komponen oleh ahli-ahli 'rakan BN'.
"Katakan jika seseorang menyertai 'rakan BN', tetapi individu itu telah dipecat oleh parti komponen...
"Tidakkah ini merampas kuasa pemimpin parti parti komponen dan mempersendakan keputusan mereka?” soal seorang presiden parti komponen yang mahu identitinya tidak diumumkan.
Parti komponen juga dikatakan tidak selesa dengan cadangan mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi menentukan calon-calon BN untuk pilihan raya yang didakwa membelakangkan kuasa mereka sebagai pemimpin parti komponen.
“Telah menjadi amalan sejak BN ditubuhkan, pemimpin parti komponen akan mengemukakan calon pilihan parti itu. Meskipun keputusan muktamad di tangan presiden (BN) tetapi ia tetap adalah prerogatif kami,” kata sumber itu.
[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/148585
No comments:
Post a Comment