Thursday, February 24, 2011

Bekas Naib Canselor UMT menang tuntutan RM14,986



SULAIMAN dan Noor Rohani memenangi tuntutan daripada syarikat rawatan rambut di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yun Nam Hair Care Sdn. Bhd. membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Emeritus Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan isterinya.

Presiden tribunal itu, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan tersebut selepas mendapati syarikat tersebut melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Sulaiman berkata, beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd. Noor mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15,600 (RM7,800 bagi setiap orang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan ekoran masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...