Friday, March 18, 2011

Asalkan dapat tinggalkan Jepun

HONG KONG: Beribu-ribu orang yang terdesak untuk meninggalkan Jepun ekoran krisis nuklear yang semakin meruncing menyerbu syarikat penerbangan peribadi menyebabkan harga meningkat hingga lebih daripada satu perempat.

Beberapa syarikat multinasional mengarahkan kakitangan antarabangsa mereka keluar dari Tokyo dan kawasan sekitarnya selepas radiasi tahap rendah sampai ke bandar raya metropolis itu, kelmarin.


Pekerja melarikan diri ke Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan juga sejauh Australia dan Amerika Syarikat selepas bekalan tenaga terputus serta keperluan asas berkurangan ekoran kejadian gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

“Saya mendapat permintaan untuk menerbangkan 14 orang dari Tokyo ke Hong Kong bagi perjalanan lima jam dan lima minit. Mereka tidak peduli dengan harga perlu dibayar.


“Kadar bayaran meningkat sebanyak 26 peratus hingga mencecah lebih AS$160,000 (RM480,000),” kata Ketua Pegawai Operasi Hong Kong Jet, Jackie Wu. “Semalam pesawat yang disewa dari Tokyo ke Australia untuk perjalanan sehala berharga AS$265,000 (RM795,000) meningkat 20 peratus,” tambahnya.


Kekurangan minyak untuk pesawat dan penutupan lapangan terbang merumitkan keadaan di Jepun. - Reuters


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AsalkandapattinggalkanJepun/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...