Friday, March 18, 2011

Jepun rugi RM300b

TOKYO: Berikut adalah senarai fakta akibat daripada kejadian gempa bumi berukuran 9.0 skala Ritcher dan tsunami yang melanda pantai timur laut Jepun pada 11 Mac lalu hingga menyebabkan krisis nuklear tercetus di negara itu.

JUMLAH KEMATIAN: Jumlah kematian meningkat kepada 3,676 semalam, kata Agensi Polis Kebangsaan. Menurut maklumat terkini, seramai 7,558 orang dilaporkan hilang dan 1,990 cedera.

JUMLAH YANG BERPINDAH: Seramai 556,132 orang dipindahkan ekoran malapetaka yang berlaku, kata Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana. Ramai lagi masih terkandas dan terputus daripada bantuan.

BILANGAN PENDUDUK TANPA BEKALAN AIR ATAU ELEKTRIK: Sebanyak 1.6 juta bangunan tiada bekalan air dan 621,439 isi rumah tiada bekalan elektrik, lapor Kementerian Kesihatan.

BILANGAN BANGUNAN ROSAK: Kira-kira 80,422 bangunan rosak termasuk 4,798 musnah, lapor Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana.

IMPAK TERHADAP EKONOMI: Pasaran saham di Tokyo ditutup meningkat 5.68 peratus, semalam selepas sesi pengambilan untung ekoran penjualan besar selama dua hari.

- Saham Jepun merosot sebanyak 10.55 peratus Selasa lalu ekoran penjualan besar-besaran selepas Perdana Menteri Naoto Kan memberi amaran bahawa tahap kebocoran radiasi di loji nuklear mencapai tahap yang mengancam kesihatan.

-Ia adalah kejatuhan terbesar dalam tempoh sehari sejak krisis Lehman pada 2008 pada permulaan kemerosotan ekonomi gobal dengan penurunan sebanyak 6.18 peratus dicatat Isnin lalu.

- Bank Pusat Jepun menyuntik 28 trilion yen (RM1.04 trilion) ke dalam pasaran wang.

- Rancangan memotong bekalan tenaga menyebabkan kebanyakan syarikat utama daripada pengilang kereta hingga firma teknologi menggantung pengeluaran.

- Bank DBS Singapura menganggarkan bencana gempa dan tsunami menyebabkan Jepun kerugian AS$100 bilion (RM300 bilion), iaitu kira-kira dua peratus keluaran dalam negara kasarnya.

BANTUAN ANTARABANGSA: Sebanyak 112 negara dan 23 organisasi antarabansga menawarkan bantuan, kata Menteri Luar Jepun. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nilai keseluruhan bantuan terbabit. - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JepunrugiRM300b/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...