TEHERAN: Campur tangan tentera negara Teluk bagi membantu menangani tunjuk perasaan prodemokrasi di Bahrain adalah salah dan perlu dikecam, kata Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, semalam yang memetik laporan dikeluarkan agensi berita IRNA.
“Campur tangan itu salah dan kerajaan Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab di atas tindakan itu,” katanya kepada sekumpulan wartawan selepas mesyuarat Kabinet.
Pasukan tentera dari Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu memasuki Bahrain Isnin lalu atas undangan pemerintah Bahrain bagi membantu Manama menangani penunjuk perasaan prodemokrasi di negara itu.
“AS ingin menyelamatkan rejim Zionis dan memadamkan pergerakan seumpamanya. Sebab itu mereka menyokong pemerintahan kerajaan tertentu saja,” tambahnya. Siaran televisyen turut menyiarkan konvoi dengan kenderaan perisai berwarna coklat menyeberang masuk ke Bahrain dari Arab Saudi.
“Malangnya terdapat tindakan berat sebelah dilakukan ke atas rakyat Bahrain dan ia sesuatu yang kejam, tidak adil dan tidak dapat diterima. Bagaimanakah pemerintah yang menggunakan senjata terhadap rakyat sendiri boleh memerintah?” katanya lagi. - AFP
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Campurtangantenterasalah_Mahmoud/Article/index_html
No comments:
Post a Comment