Thursday, March 3, 2011

Tan Sri Ismail Adam dilantik pro-canselor Unisel

Tan Sri Ismail Adam dilantik pro-canselor Unisel
Mac 2, 11 3:30pm

Mantan Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail Adam telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkuatkuasa 21 Februari lalu.

NONEBeliau mengantikan Raja Tan Sri Arshad Tun Raja Uda yang telah dipilih sebagai Canselor Unisel.

Pelantikan Tan Sri Ismail Adam diputuskan oleh ahli lembaga pengarah Unisel dan telah diperkenan Sultan Selangor, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri Ismail dipilih kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam dan pernah memegang pelbagai jawatan penting sehinggalah jawatan terakhir sebagai pengarah perkhidmatan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelantikan Ismail, tambah menteri besar, sejajar dengan program penjenamaan semula Unisel yang bukan sahaja memberi fokus kepada sektor industri, malah kepada sektor perkhidmatan yang semakin berkembang pesat dan menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi Selangor dan negara.

"Kerajaan Selangor yakin pengalaman luas Tan Sri Ismail Adam dapat membantu Unisel membekalkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam sektor industri dan juga sektor perkhidmatan," tambahnya.


http://malaysiakini.com/news/157501

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...