Thursday, March 31, 2011

Wanita Saudi tak dibenar undi

RIYADH: Wanita Arab Saudi tidak akan dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya majlis tempatan yang sudah sekian lama tertangguh, September ini.

Kerajaan mengumumkan minggu lalu, ia akan mengadakan pilihan raya berkenaan, tolak ansur pertama politik sejak tunjuk perasaan yang melanda dunia Arab turut memberi kesan kepada negara itu.


“Tidak ada yang boleh menghentikan penyertaan wanita tetapi ia memerlukan persiapan dan kami tidak boleh membuat persiapan itu di semua wilayah negara ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pendaftaran pengundian ditetapkan pada 23 April dan pilihan raya akan diadakan pada 22 September.


Parti politik diharamkan di Arab Saudi dan sehingga ini tidak ada anggota Parlimen yang dipilih menerusi pilihan raya. - Reuters


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/WanitaSauditakdibenarundi/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...