'Impak terlepas pandang, anugerah hanya cadangan'
Jul 20, 11 10:52am
UiTM belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan presiden PERKASA supaya Anugerah Ibrahim Ali diberikan kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Menurut naib canselornya, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar UiTM tidak memilih nama ataupun membuat sebarang cadangan anugerah berkenaan.
“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.
“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” kata Sahol Hamid dalam laman Facebooknya.
Menurut beliau senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan,
“Di senat ada 60 orang professor, dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” katanya.
Menurut naib canselor itu, isu itu berlaku kerana Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.
“UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” kata Sahol Hamid.
Isnin lalu, Impak pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri .
Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.
Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.
Kriteria lain adalah:
• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM
Bagaimanapun tindakan menamakan anugerah itu sempena naman pemimpin yang kontroversial itu menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pelbagai pihak.

Menurut notis di laman Impak, tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.
Beliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.
Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya.
Beliau kini memimpin kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang mahu keistimewaan termasuk biasiswa dan segala bantuan hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja.
http://malaysiakini.com/news/170441
No comments:
Post a Comment