Jul 18, 11
12:30pm
“Kita terbuka dengan mana-mana cadangan tetapi terpulang kepada SPR kerana SPR adalah badan yang bebas,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbarnya hari ini.
“Jika ia adalah okay dengan mereka, maka mereka (SPR) boleh berunding dengan kerajaan. Seperti mereka (NGO berkenaan) berjanji, tidak akan ada lagi demonstrasi jalanan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011.
Ribuan rakyat turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini dan mendakwa proses pengundian sekarang bukan sahaja tidak telus tetapi ada kalanya ditipu.
Perhimpunan BERSIH 2.0 itu dianggotai gabungan 62 NGO yang mahu pilihan raya yang bersih dan adil.
Bagaimanapun kerajaan bertindak tegas dengan menghambat bukan sahaja penganjur perhimpunan itu tetapi juga penyokongnya. Ramai yang ditangkap dan tidak kurang pula yang mengadu polis mengasari mereka semasa hari perhimpunan itu.
Mengenai laporan Suruhanjaya Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock, beliau berkata terserah kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengumumkannya.
"Saya tidak tahu bila ia akan didedahkan kepada umum tetapi yang pasti kabinet sudah meluluskannya. Sekarang ini terpulang kepada KSN," katanya.
Pada 22 Jun lalu, laporan siasatan setebal 124 halaman itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Teoh, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Selangor di Shah Alam pada Julai 2009.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/170224
No comments:
Post a Comment